Tag: Filem

(HIBURAN) Filem ” Bunohan ” bolot 3 Anugerah Cipta FFM25

IMG_6817SMALLgmo

Filem Bunohan meraih tiga anugerah daripada sepuluh pencalonan pertama pada majlis pembukaan Filem Festival Malaysia (FFM) Ke-25 yang diadakan malam ini. Filem arahan Dain Iskandar Said itu berjaya meraih Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik yang diterima Imaginex studio bagi pihak mendiang Yuan Tan Tan Wei, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex) dan Penataan Seni Terbaik (Dain Iskandar Said).

Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Filem “Bikers Kental”

IMG_1860

Bertempat diperkarangan majlis KL Bike Week 2012, telah berlangsungnya majlis pelancaran filem terbaru arahan sutradara Helmi Yusof yang merupakan usaha sama penerbit Tayangan Unggul dan Calif work Studios. Filem yang mengenai pengembaraan konvoi motorsikal berkuasa besar ke Thailand ini merupakan satu cetusan idea pengarah yang memang meminati motor berkuasa besar. Pengambaran filem ini juga berbentuk kembara kerana ia dilakukan sepanjang perjalanan ke Krabi Thailand. Saudara Helmi Yusof selaku pengarah filem ini menjelaskan kepada pihak media bahawa banyak cabaran yang mereka lalui sepanjang pengambaran kembara bermotosikal ini disebabkan beberapa faktor seperti kerosakan motorsikal, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Antara pengalaman melucukan , Helmi menambah pihak produksi dimarahi oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku semasa berlangsungnya pengambaran tersebut. Bercakap mengenai kos sepenuhnya dan pemilihan pelakon filem ini, Gayatri Su-Lin Pillai menjelaskan kos penerbitan filem ini mencecah RM1.7  Juta dan pemilihan pelakon adalah persetujuan bersama Tayangan Unggul dan Helmi berdasarkan kriteria yang diperlukan. Read more →

(HIBURAN) Filem Chinese Zodiac 2012 (CZ12)

Juga dikenali sebagai “Armour Of God III: Chinese Zodiac”, “Chinese Zodiac” adalah sebuah filem aksi Hong Kong yang diterbit, ditulis dan diarah oleh aktor veteran seni bela diri, Jackie Chan. Filem ini merupakan sebuah sekuel kepada “Armour Of God” dan “Armour Of God II: Operation Condor”, di mana Chan memainkan watak wira Cina bernama Asian Hawk yang tidak banyak berbeza dari Indiana Jones. Kali ini, dia perlu membawa pulang patung kepala gangsa yang terdiri dari 12 haiwan zodiac Cina, yang telah dibawa lari oleh tentera Perancis dan Inggeris dari Istana Summer di Beijing pada tahun 1960. Read more →

(HIBURAN) Di Sebalik Tabir Filem ” Sunti @ Facebook.com “

Pihak Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) dengan kerjasama pengurusan produksi Arie Zahrie Production telah membawa sekumpulan wartawan mengikuti program di sebalik tabir pembikinan filem terbaru arahan James Lee iaitu” Sunti @ Facebook.com ” . Pengambaran yang berlokasikan rumah lama di kawasan Jalan U-Thant ini memberi peluang kepada pihak media merasai suasana seram dan juga memberi peluang pihak media beramah mesra dengan barisan pelakon dan krew filem ” Sunti @ Facebook.com “. Read more →