Tag: Hafiz

(SEMASA) Hafiz juara “Pencetus Ummah” musim pertama

LAN_2286

Hafiz diumumkan sebagai Juara dalam program Pencetus Ummah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah musim pertama. Keputusan pemenang diumumkan oleh pengacara program tersebut, Dr Ridhuan Tee. Gelaran Naib Juara dimenangi oleh Shahul, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yeop dan Rahmat menjadi pemenang tempat keempat. Program akhir Pencetus Ummah disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis. Read more →

(HIBURAN) ” Konsert Nusantara ” ikatan budaya Malaysia & Indonesia

IMG_7721resizeGMO

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia & Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) telah menganjurkan Konsert Nusantara 2013 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia YB Dato’ Seru Utama Dr Rais Yatim bersama wakil Bapak Menteri Kebudayaan Indonesia. Konsert ini akan berlangsung pada 7 – 9 Mac 2013, 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Persembahan kebudayaan dari Indonesia melibatkan suku kaum bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau dan artis popular yang turut serta ialah Elly Kassim, Rossa dan Endang S Taurina. Manakala persembahan kebudayaan dari Malaysia pula adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid, Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Hafiz, Black, Stacy, Bob Yusof dan Yazer. Read more →