Tag: Ismail “Bob” Hasim . Pelakon

(HIBURAN) Filem “Jangan Pandang Belakang Boleh?”…mampu sekali lagi cipta sejarah ?

JPBB migcropSMALL

Masih ingatkah dengan filem ‘Jangan Pandang Belakang’ ? Filem yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2007 apabila membuat kutipan panggung mencecah RM6.5 juta telah di parodikan menerusi filem keluaran ke 89 MIG iaitu ‘Jangan Pandang Belakang boleh?’.  Filem seram komedi ‘Jangan Pandang Belakang Boleh?’ ini mengambil latarbelakang filem terkenal  ‘Jangan Pandang Belakang’  disekitar Kuala Kangsar , Perak dan bakal ditayangkan pada 31 Januari 2014 ini. Filem ini membariskan para pelakon seperti  Zalif Sidek, Shima Anuar, Adiba Yunus, Epy Kodiang, Kazaruddin Saisi dan Ruminah Sidek. Berdasarkan pemerhatian pada sidang tayangan perdana media yang bertempat di Premium X, One City Mall, USJ, filem keluaran terbaru MIG ini mampu menarik minat penonton berdasarkan genre komedinya dan jalan cerita yang seram santai tetapi kelakar. Read more →