Tag: Karl Shafek

(HIBURAN) Teater ” KALUT”

poster-maducrop

SINOPSIS TEATER

Kisah komedi yang berlatar belakangkan era moden, mengisahkan tentang kehidupan seorang pemandu teksi yang terpaksa memberikan komitmen terhadap kerjayanya yang tidak menentu masa dan kehidupan rumahtangganya bersama dua orang isteri. Di mana isteri pertama dan kedua tidak tahu yang mereka di madukan. Kekalutan demi kekalutan terus berlaku dan akhirnya rahsianya terbongkar namun semua orang tidak lagi mempercayainya. Naskah ini telah diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman berdasarkan skrip Run For Your Wife karya Roy Cooney. Pementasan ini diarahkan oleh Muhammad Azhar Zainal. Pementasan KALUT selama 1 jam 30 minit ini akan berlangsung  di Lambang Sari, Istana Budaya pada 27 hingga 30 September 2013 pada jam 8.30 malam. Teater bergenre komedi berdurasi 1 jam 30 minit ini membariskan para pelakon komersial dan pentas seperti Izzue Islam, Jihan Musa, Nad Zainal, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally. Pas pas masuk berharga RM35, RM55, RM85 & RM155(PLATINUM) boleh didapati di AirAsiaRedTix.com dan di kaunter BoxOffice Istana Budaya. Untuk tempahan berkumpulan dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 0133962612 Read more →

(HIBURAN) Drama Baru Akasia, ‘Cinta Itu Milikku’

 

Menyusuli drama “JULIA”, slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi siri drama dramatik, CINTA ITU MILIKKU lakonan hebat Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim dan ramai lagi mulai 12 November 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Read more →

(HIBURAN) Filem “Zaiton Ceritaku”

Zaiton Sameon, satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu dan kini kisah penyanyi ini di filemkan oleh Bruang Filem Sdn Bhd.  Read more →