Tag: Kemenangan

(HIBURAN) Lima Kemenangan Bagi Grand Brilliance di Anugerah Lawak Warna 2013

5 emanmnag media primasmall

Grand Brilliance telah merangkul lima buah anugerah di Majlis Anugerah Lawak Warna yang telah berlangsung malam tadi. Istanbul Aku Datang, filem komedi romantik yang telah menjalani penggambaran di negara Turki itu, telah memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik, sementara Lisa Surihani pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Kategori Filem) menerusi lakonannya sebagai Dian, seorang gadis blogger yang mencari cinta. Filem arahan Bernard Chauly ini juga memenangi Anugerah Direktor Komedi Terbaik, dan turut menerima Anugerah Lakon Layar Komedi Terbaik (Kategori Filem), hasil karya Rafidah Abdullah. Sementara itu, sebuah lagi terbitan Grand Brilliance, Rock Oo: Rimba Bara Kembali, juga memenangi Anugerah Skrip Komedi Terbaik (Kategori Filem).  Read more →