KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2016 – Setelah berjaya melepasi sesi uji bakat yang telah diadakan di empat buah lokasi berbeza, sepuluh orang peserta telah dipilih bagi menyertai program komedi terbaharu Astro Warna iaitu ‘Lawak Solo’. Pasti membuatkan penonton tidak kering gusi, Lawak Solo yang dijadualkan bersiaran selama lapan minggu akan mula menemui penonton secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, bermula 21 Oktober 2016, jam 10.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (Saluran 134). Read more →