Tag: Luno

(SUKAN) Luno Bekerjasama dengan Malaysian Football League sebagai Rakan Pelaburan Kripto Rasmi

Kuala Lumpur, 16 Februari 2022 — Luno, bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Malaysian Football League (MFL), sebagai Rakan Pelaburan Kripto dan penaja bersama rasmi Liga Super Malaysia, liga bola sepak terulung negara, dan Piala Malaysia, kejohanan bola sepak tahunan paling berprestij. Perjanjian kerjasama selama setahun merangkumi pelbagai hak penjenamaan termasuk papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab serta imej pemain, dan pengaktifan jenama di stadium. Kerjasama ini diumumkan di sebuah majlis yang dirasmikan oleh Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia, dan Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League. Read more →