Sebuah Tragedi, Mengubah Segalanya…
Alif di mana pada usia yang masih mentah, dia sudah dibebani pelbagai masalah kerana dia anak seorang pelacur. Mampukah Alif bersabar dengan dugaan yang menimpanya? Menyusuli drama siri “Kerana Sarah”, saksikan sebuah lagi drama di slot Azalea berjudul “Duri Di Hati” yang telah pun mula bersiaran pada 14 Mac 2013 yang lalu setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang. Drama terbitan Pena Creative Sdn Bhd yang diarahkan oleh pengarah Michael Ang dan skrip yang ditulis oleh Mazelan Manan menampilkan pelakon-pelakon handalan seperti Amar Asyraf, Hairi Safwan, Marsha Londoh, Adam Shah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Tengku Sarina (Kuna), Faralyna dan ramai lagi.