Bila sebut sahaja nama penyanyi lagenda tanah air Malaysia iaitu Man Bai, sudah pasti ramai yang sudah mengenali diri beliau. Beliau memulakan karier sebagai seorang penyanyi rock pada tahun 1980-an dan ‘Kau Ilhamku’ yang merupakan lagu hit beliau telah menaikkan nama Man Bai di persada seni tanah air dan sekaligus telah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 bagi kategori Penyanyi Lelaki Solo. Lagu yang sehingga kini tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas kerana ia sentiasa menjadi sebuah lagu evergreen kegemaran ramai. Read more →