Tag: Program

(SEMASA) PROGRAM ‘INSAF’ KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA

logo Insaf

“Semakin berat kejahilan terpikul di bahu, semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Sewaktu berlari di padang hidup, kerap kakiku tersadung selirat akar, tubuhku tercalar duri pidana, pada samar kejauhan, ancala mulia makin kabur dan menghilang. Sekadar songsang aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, ‘Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?’ Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala.”  Begitu bunyinya bait setiap maksud mendalam sajak MENGINTAI RUANG INSAF nukilan Shukri Abdullah.  Sajak ini membuka minda kita atas persoalan keinsafan yang ada di dalam setiap diri manusia di mana ada tercatat juga cerita di sebalik keinsafan ini. TV3 telah mengembalikan program Insaf untuk musim kedua bersesuaian dengan bulan Ramadan, agar cerita keinsafan ini boleh dijadikan teladan. Read more →

(HIBURAN) HANGATKAN DAPUR ANDA SEPANJANG RAMADAN INI BERSAMA PROGRAM MASAKAN TV3

Moreh (1) Hos Danny Anwa berkongsi resipi kuih Semang ketika di Terengganu

Ketibaan bulan Ramadan pada saban tahun membawa sinaran yang menyerikan kehidupan umat Islam. Sebagai penghulu segala bulan, syafaat dan berkat yang dibawa oleh bulan Ramadan tidak terbanding tinggi nilainya berbanding bulan-bulan biasa. Oleh itu, program-program masakan dilihat membantu masyarakat menyediakan sajian berbuka puasa yang seimbang untuk amalan di bulan Ramadan di samping mempunyai kepelbagaian citarasa untuk dicuba oleh penonton. Read more →

(HIBURAN) Woot Woot! Program Terbaru TV3

DEX_8364

Apa yang bakal terjadi sekiranya selebriti-selebriti terkenal berkumpul dalam satu program gameshow yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah menguji ketajaman minda masing-masing? Buat julung kalinya penonton setia TV3 bakal menyaksikan barisan selebriti terkenal tanah air menempuh halangan yang dahsyat! Segalanya di dalam program gameshow terbaru TV3, Woot Woot! Read more →