Tag: rosyam nor

(HIBURAN) Filem Balistik

IMG_3974GMO

Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan. Filem yang diterbitkan oleh produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor  iaitu Suhan Movies ini bakal memeriahkan industri perfileman tempatan. Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.   Read more →

(HIBURAN) Filem LAGA “Bila murid lebih hebat, dapatkah si guru menerima hakikat?”

Visual_LAGA POSTER_FINALcropSMALL

Senario kutipan yang tidak menentu kebelakangan ini bukan penghalang buat penggiat filem kita terus berkarya dalam memartabatkan industri perfileman tanah air. Dalam kerancakan penggiat filem tempatan menghasilkan pelbagai filem komersial, tidak banyak naskhah yang mengangkat tema budaya dan kemasyarakatan yang sepatutnya menjadi teras identiti filem Malaysia. Atas kesedaran itu, pendatang baru dunia perfileman, Business Leader Film Production Sdn Bhd menyahut cabaran itu dengan menampilkan kelainan menerusi filem cereka sulung mereka berjudul Laga.

Read more →

(HIBURAN) KL GANGSTER 2 terbaik

Movie KL Gangter 2-11

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek dan Jai secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya. Read more →

(HIBURAN) 5 MALAM 4 HARI ANUGERAH SYAWAL TV9

IMG_7555Dengan tema berbunyi ‘5 Hari 4 Malam’, TV9 menyediakan sebanyak 30 program terbaik sepanjang bulan Syawal tidak lama lagi. Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, memberitahu, program-program yang disediakan khas bagi penonton setia TV9 berbentuk pelbagai genre, bermula pada malam raya pertama iaitu pada 7 Ogos depan. Jelasnya, menerusi tema yang dipilih, TV9 akan menyiarkan pelbagai rancangan hiburan serta drama-drama terbaik malah turut menampilkan kolabrasi erat antara tv9 dan Hot FM di mana saluran radio popular itu akan mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ke udara antaranya seperti Geng Kampung Pisang, Hot TV Raya mahu pun program yang dilakonkan oleh juruhebahnya sendiri, Fara Fauzana dalam Mimpi Fara. Read more →