Tag: SEJATI

(HIBURAN) SEJATI LAGU TERBAIK SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 32 MINGGU PERTAMA

PETALING JAYA, 31 OKTOBER 2017 – Ahad lalu, 10 buah lagu telah melakukan persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) minggu pertama dengan lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan telah dipilih sebagai lagu terbaik. Namun, lagu nyanyian asal Faizal Tahir yang telah disampaikan oleh Azmi Caliph Busker itu tidak semestinya akan terus layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32). Persembahan minggu pertama telah diadili oleh juri professional AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri. Read more →