Tag: TERBIAR

(HIBURAN) ZULIN AZIZ – “TERBIAR”

Farah Azleenda Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz merupakan seorang pelakon, pengacara, penyampai radio dan juga seorang komedian wanita yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air. Beliau memulakan kariernya sebagai anak seni dengan mencuba nasib di dalam salah sebuah program realiti televisyen terbitan Suhan Movies iaitu ‘Pilih Kasih’ pada tahun 2009 dan  berjaya menjadi salah seorang finalis. Justeru beliau meneruskan bakat lakonannya di dalam beberapa drama dan filem di antaranya ialah Penanggal, Joyah Vs Bedah, Misiku Kuza, Lagenda Budak Setan, Suamiku Mr Perfect, dan banyak lagi. Setelah mengorak langkah dalam bidang lakonan beliau diundang untuk menjadi   pengacara untuk program yang berprestij seperti Melodi pada tahun 2015, Anugerah Lawak Warna, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014. Read more →