Tag: YB Azmizam Zaman Huri

(SEMASA) TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA BUAT WARGA DUN PELABUHAN KLANG

5 Februari 2022 : Bertempat di TGV Central i-city,  lebih 1,000 warga Dun Pelabuhan Klang telah hadir untuk memeriahkan tayangan khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Tayangan Khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan anjuran YB Azmizam Zaman Huri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang bersempena Sambutan Hari Maritim ke 18 yang bakal berlangsung kelak. ADUN Pelabuhan Klang juga berkata penganjuran tayangan khas filem ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota Maritim Malaysia yang berkorban nyawa, tenaga dan masa bagi menjaga perairan negara khususnya di Pelabuhan Klang. Read more →