Archive for: February 2014

(HIBURAN) SKOOL of LAWAK, program realiti komedi baru di Astro

AMY98062

Astro sekali lagi mengangkat lawak ke medan paling tinggi apabila memperkenalkan sebuah program realiti komedi terbaru yang dijangka mencetuskan fenomena terbaru di televisyen Malaysia iaitu SKOOL of LAWAK. Program realiti komedi baru ini bakal membabitkan hampir 33 peserta yang telah dipilih melalui ujibakat diseluruh negara dan mereka ini seterusnya melepasi halangan bootcamp terakhir yang membolehkan mereka dipilih sebagai peserta akhir program SKOOL of LAWAK. Program ini akan mula bersiaran Langsung  bermula 14 Februari 2014 setiap hari Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna 132 & Mustika HD 134. Read more →

(HIBURAN) KONSERT KITA 20FORTEEN

flyer 20FORTEENcropgmo

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga  merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20. Read more →

(HIBURAN) Gandingan Hebat Dazrin Kamaruddin & Fasha Sandha Dalam MIRANDA

Poster Mirandacropsmall

TV3 sering menyajikan drama-drama hebat dan menarik buat penonton TV3. Istimewa buat peminat drama TV3, sebuah lagi drama siri berjudul Miranda akan mula bersiaran pada 5 Februari 2014, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam hingga 10.00 malam. Read more →