Archive for: December 2017

(SEMASA) Pembukaan McDonald’s di The Intermark cipta memori baharu setelah penutupan McDonald’s di Ampang Park

Kuala Lumpur, 31 Disember 2017 – McDonald’s mengadakan satu sambutan untuk meraikan kenangan manis selama 28 tahun operasi restorannya di Ampang Park hari ini. Pelbagai aktiviti menyeronokkan dijalankan seperti persembahan busker, lukisan muka dan gubahan belon untuk kanak-kanak sebagai sebahagian daripada sambutan yang menandakan hari terakhir operasi McDonald’s Ampang Park. Read more →

(SEMASA) Pelancaran  “OhMostWanted”  Inspirasi Terbaru Nora Danish

30 Disember 2017 – “OhMostWanted” lahir daripada minat Nora yang mendalam dalam bidang kecantikan dan penjagaan wajah sejak dari kecil lagl OhMOstWanted juga terinspirasi hasil daripada pengalaman Nora melancong ke luar negara dan aspirasi Nora terhadap perkara perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis. Read more →

(HIBURAN) Syamel Kembali Menyemarakkan Persada Muzik Tanahair Dengan Single Terbaharu ” Biar Cinta”

 

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2017 – Juara Duo Star 2016 yang baharu sahaja pulang dari mengadakan peresembahan di Chengdu, China mewakili Malaysia pada ABU TV Song Festival 2017 dan naib juara Akademi Fantasia 2015, Syamel Aqmal Mohammad Fodzly, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syamel kembali menyemarakkan persada muzik tanahair selepas kejayaan memberangsangkan single pertama ‘Hidup Dalam Mati’ dengan tontonan melebihi 15 juta di laman sesawang YouTube dan diikuti dengan single ‘Lebih Sempurna’ dengan 3 juta tontonan dan single ‘Aku Cinta’ duet bersama Ernie Zakri dengan tontonan hampir 6 juta. Kini, lebih bersemangat dan yakin, Syameel kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Biar Cinta’ hasil ciptaan bersama komposer dan penerbit disegani negara, Edry Abdul Halim. Read more →

(HIBURAN) CINTA, SAHABAT DAN MUZIK TUNJANG UTAMA FILEM BUSKER

Kuala Lumpur, 21 DISEMBER 2017 –  Cinta, Sahabat dan Muzik antara tunjang utama filem BUSKER arahan Syed Khairul Fariz. Astro Shaw antara pengeluar filem terbesar di Malaysia sekali lagi bakal menjadi pencetus fenomena blockbuster apabila membuka gelanggang 2018 dengan menampilkan pelakon muda seperti Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia & Mas Khan. Disokong dengan penampilan khas penggiat industri seni seperti Aziz M Osman, Monoloque, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimet dan ramai lagi. Read more →

(HIBURAN) SHEILA ON 7- LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 TIKET MULA DIJUAL BERMULA 21 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR- Grup legenda popular Indonesia, Sheila On 7 bakal muncul kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam. Read more →