Archive for: April 2018

(HIBURAN) PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL 2018

KUALA LUMPUR, 30 April 2018 – la seperti sesuatu yang tertunda, namun kini umpama armada membelah samudera, Padi, kumpulan yang cukup dipuja banyak penggemar baik di Indonesia atau Malaysia dan Singapura, kembali mengemudi arah mereka dengan jelas. Read more →

ELVIRA KINI RM100,000 LEBIH KAYA!

SHAH ALAM 29 APRIL 2018. Juara Mentor Otai, Elvira bersama mentornya, Misha Omar di Konsert Akhir Mentor Otai yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Petaling Jaya, 30 April 2018 – Antara protégé yang disegani dan pernah menduduki di tangga dua terbawah pada minggu ketiga Mentor Otai, Elvira kini muncul sebagai Juara Mentor Otai yang pertama menundukkan rakan-rakan seperjuangannya Azee (Naib Johan), Alina (ketiga) dan AJ (keempat). Dengan kemenangan itu, Elvira membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi Mentor Otai pada malam Ahad lalu. Read more →

(SEMASA) AMY NURTINIE DINOBAT SEBAGAI “IKON WANITA MELAYU” PENCARIAN WANITA MELAYU PLAZA SHAH ALAM

Shah Alam, 28 April – Jawapan kepada persoalan siapa Ikon Wanita Melayu tahun ini terjawab apabila pengacara majlis Karl Shafek mengumumkan nama Amy Nurtinie Abdul Aziz sebagai Ikon Wanita Melayu 2018. Amy Nurtinie yang senang dipanggil Tinie mencuri tumpuan juri-juri jemputan Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) dengan peratusan markah tertinggi pada hari finale berlangsung. Read more →

(HIBURAN) MAJLIS PELANCARAN TINGKAH GERUH 2018 KEBANGSAAN DAN NUSANTARA 

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2018: Selepas kemeriahan Empayar Akar Kilo Zapin hampir dua (2) tahun yang lalu, Persatuan Tatihseni Malaysia, bersama-sama Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza ldris Production Ventures Sdn. Bhd. kini kembali dan tetap komited berjuang memartabatkan seni budaya menerusi Program Pemasyhuran Budaya Tingkah Geruh 2018, sempena Festival Akar Kita Zapin 2018, bermula 27 hingga 20 April 2018, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Read more →

(SEMASA) PLANE IN THE CITY – MALAYSIA’S FIRST AIRCRAFT DINING EXPERIENCE

Imagine if taking a flight does not mean sitting in a tight space for a few hours and eating a pre-packed meal anymore? What if you could actually enjoy freshly-prepared meals in an aircraft and be given a private tour of the cockpit right after? Read more →