
Kuala Lumpur, 31 Mac 2013 – Bertempat di GSC Pavilion dan Ritz Carlton Hotel, telah berlangsungnya jelajah promosi filem ” Saving General Yang ” yang membariskan pelakon-pelakon terkenal Hong Kong , China dan Taiwan seperti Adam Cheng, Ekin Cheng, Vic Chou, Raymond Lam Jerry Lee, Wu Chun, Xu Fan, Yu Bo. Filem yang diarahkan oleh Ronnie Yu ini mengisahkan tentang kepayahan 7 orang adik beradik keluarga Jeneral Yang semasa pemerintahan Dinasti Song menempuhan halangan untuk membawa pulang ayahnya iaitu Jeneral Yang yang terperangkap semasa peperangan kedua menentang kaum nomad utara China yang dikenali sebagai ” Khitans”. Jelajah promosi ini merupakan destinasi ke 5 selepas jelajah Asia yang meliputi Taiwan, Beijing, Hong Kong dan Singapura. Kedatangan Ekin Cheng, Yu Bo, Vic Chou, Wu Chun serta pengarah Ronnie Yu dan penerbit Raymond Wong mengembirakan peminat-peminat filem ini yang bakal ditayangkan serentak pada 4 April 2013. Read more →