Tag: dan

(SEMASA) Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G: Pengalaman Paling Hebat untuk Semua

SEOUL, Korea – Mac 15, 2023Samsung Electronics hari ini telah melancarkan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G, dua telefon pintar inovatif yang memajukan lagi komitmen Samsung Galaxy untuk mencipta pengalaman mudah alih yang tiada berbanding. Tambahan terkini kepada siri Galaxy A yang popular ini membolehkan pengguna merakam video yang mantap, menatap kandungan paparan dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terlampau terang dan bergiat bersama lebih banyak aktiviti kegemaran dengan hayat bateri yang menjangkaui tempoh penggunaan lebih daripada dua hari[1].

“Pengalaman mudah alih yang termaju semakin diperlukan untuk kehidupan seharian,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Dengan penambah-baikan berterusan pada siri Galaxy A, kami komited meluaskan akses bagi inovasi transformatif kami kepada seramai mungkin orang di seluruh dunia.” Read more →

(SEMASA) Seramai 200 Kanak-kanak dari Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Dilengkapi Keperluan Kembali Ke Sekolah Melalui Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Kuala Lumpur, 6 Mac 2023 – Majoriti keluarga Malaysia, dan anak-anak yang bersekolah sudah pastinya tidak sabar untuk menantikan permulaan penggal persekolahan baharu sebagai peluang untuk membina ilmu dan mencari kawan baru. Walau bagaimanapun, situasi ini berbeza bagi keluarga miskin bandar yang bimbang akan bebanan kos untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Namun pengorbanan ke atas perbelanjaan rumah yang lain harus dibuat kerana menyedari bahawa pendidikan adalah penting demi masa depan anak-anak dan ia juga merupakan kunci untuk membasmi kitaran kemiskinan. Selain itu, tekanan inflasi global semasa telah meningkatkan bebanan sara hidup dan dilema mereka untuk mengharungi kehidupan di celah-celah kota metropolitan. Selain itu, tekanan inflasi global semasa telah meningkatkan bebanan sara hidup dan dilema mereka untuk mengharungi kehidupan di celah-celah kota metropolitan. Read more →

(HIBURAN)  KARYA TERBARU DAIN SAID ‘HARUM MALAM’  MENEMUI KHALAYAK 9 FEBRUARI INI

Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat dinantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari 2023. Read more →

(HIBURAN) GILIRAN ANIMASI POPULAR, DIDI & FRIENDS THE MOVIE BERI KEJUTAN DI PAWAGAM 23 FEBRUARI INI

Setelah 12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini. Read more →

(SEMASA) ‘Di Sebalik Senyuman, Terukir Kekuatan’: Colgate dan Airliftz Berkolaborasi demi Memperkasakan Senyuman Rakyat Malaysia untuk Menempuh Masa Hadapan dengan Optimis

Petaling Jaya, 16 Disember 2022: Colgate mengumumkan kempen Smile Strong terbaharunya yang menampilkan bintang hip hop dan komposer Airliftz sebagai sebahagian daripada misi berterusannya untuk mencetuskan sikap optimis dalam diri setiap individu. Smile Strong merupakan seruan Colgate kepada rakyat Malaysia bagi menzahirkan keberanian untuk senyum ketika berdepan dengan cabaran. Seruan itu juga mengingatkan semua agar tidak sekali-kali membiarkan apa-apa mahupun sesiapa sahaja menafikan impian demi mencapai masa hadapan yang dapat dibanggakan. Read more →