Archive for: November 2023

(SEMASA) Perasmian Port Seni Port Makan

Cawangan Kacang Pool Haji di Ara Damansara merupakan outlet pertama di Kuala Lumpur. Sebelum ini kesemua 6 outlet berada di Johor Bahru. Ini merupakan ikatan kerjasama dan usahasama yang pertama di antara Haji Pool, Fauziah Latiff dan Emma. Read more →

(HIBURAN) NAS MUAMMAR ZAR SUPERHERO IKONIK MALAYSIA, KELUANG MAN! TURUT DIBINTANGI REMY ISHAK, ANWAAR BEG MOGHAL & DATUK ROSYAM NOR

Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Teka-teki siapakah pelakon yang akan membawakan watak superhero ikonik Malaysia, KELUANG MAN akhirnya terjawab apabila bintang aksi, Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T dipilih untuk memegang peranan itu. Muncul di atas pentas majlis pelancaran dengan menanggalkan topeng KELUANG MAN, Nas bakal digandingkan dengan pelakon utama yang lain seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor. Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan rangka sesi penggambaran, sasaran tarikh tayangan, serta perancangan untuk produksi dan pemasaran bagi universe adiwira tempatan terbesar. Read more →

(SEMASA) Rasai Kelazatan Sajian Berasaskan Tumbuhan yumeat™ di Pesta Makanan Sihat AEON

Shah Alam, 28 November, 2023 – Menurut Tinjauan Tabiat Peribadi Asia Pasifik, pemakanan yang tidak seimbang merupakan salah satu amalan tidak sihat utama di pelbagai negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia. Malah, sebilangan rakyat negara ini yang ingin berhenti atau mengubah amalan yang mereka mulakan semasa pandemik lalu. Berapa kerapkah anda memikirkan cara untuk mencapai kehidupan sihat? Read more →

(HIBURAN) Aina Abdul ‘berlabuh’ di Kota Singa – Kejayaan tiga konsert solo di Malaysia buka ruang tampil dalam Konsert A Night With Aina Abdul  Live In Singapore

Kuala Lumpur, 27 November 2023 – Sukar menidakkan apa yang dimiliki penyanyi bervokal hebat, Aina Abdul. Dalam tempoh sedekad bergelar penyanyi, nyata Aina mampu mengukuhkan kedudukannya sebagai artis hebat dengan mencapai pelbagai pujian dan pengiktirafan di Malaysia mahupun pentas antarabangsa. Read more →

(HIBURAN) Malam Gala – magiK

Sebagai usaha menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran, syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem “magiK”. Read more →