Kuala Lumpur, 10 Mei 2019 – Buat julung kalinya syarikat media Malaysia, Media Prima dan Astro – melalui bahagian penerbit filem masing-masing, Primeworks Studios dan Astro Shaw – bersama produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment bergabung usaha dalam menerbitkan sebuah filem MMA (Mixed Martial Arts) melayu pertama Malaysia, SANGKAR. Filem yang bakal menggegarkan pawagam pada Ogos 2019 ini merupakan kolaborasi mega di antara empat penerbit dan dijangka merangsang lagi industri filem tempatan dengan pergabungan visi dan bakat kreatif keempat-empat rakan kongsi ini. Read more →
Tag: astro
(HIBURAN) MEDIA PRIMA DAN ASTRO BEKERJASAMA MENERUSI ‘SANGKAR’
(SUKAN) Astro melancarkan siaran 4K UHD pertama di Malaysia
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2018 – Astro hari ini meraikan sebuah lagi peristiwa bersejarah apabila buat julung kalinya melancarkan siaran langsung dalam paparan 4K UHD. Organisasi media ini bakal menyiarkan secara eksklusif siaran langsung perlawanan hebat Liga Perdana (PL); Liverpool menentang West Ham dan Arsenal menentang Man City untuk pertama kalinya dalam paparan 4K UHD, istimewa untuk tontonan peminat bola sepak dengan rakan niaga F&B, Souled Out pada petang ini. Read more →
(HIBURAN) KESINAMBUNGAN KEMPEN MERIAH BERSAMA DI SALURAN KHAS ‘RAYA HD’ ASTRO
PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO |
Dato’ Khairul Anwar Salleh,
Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro
“Musim perayaan adalah masa terbaik untuk mempertautkan kembali silaturahim dan ikatan persaudaraan menerusi tradisi ziarah dan saling berkunjungan. Tradisi meluangkan masa berkumpul di samping keluarga tercinta dan sahabat handai sambil menonton pelbagai aneka rancangan hiburan di televisyen atau menerusi gajet pilihan di ruang digital juga sudah menjadi keperluan yang wajib dibuat bersama-sama.
Memanfaatkan semangat kemeriahan dan kebersamaan ini, Astro menyemarakkan lagi pengisian kempen ‘Meriah Bersama’ dengan menghimpunkan program-program terhebat merangkumi rancangan hiburan, kandungan premium dan digital termasuklah liputan sukan dan berita di kesemua platfrom yang kami miliki. Sebagai tanda penghargaan, kami bawakan juga saluran ‘Raya HD’ istimewa untuk semua para pelanggan tanpa sebarang bayaran tambahan sepanjang Syawal. Pastinya sambutan raya pada tahun ini akan lebih bermakna dengan penawaran kandungan Astro yang amat komprehensif.
Tidak dinafikan, iklan komersial juga merupakan antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai dan cukup dinantikan setiap kali musim perayaan. Oleh itu, Astro tidak ketinggalan membawakan sebuah lagi kisah menarik yang dizahirkan dalam bentuk filem pendek sebagai tradisi tahunan. Intipati tema ‘Meriah Bersama’ menerusi kisah ‘Gara Raya Paling Ori’ juga turut diterjemahkan dengan penuh kreatif dan sarat dengan mesej yang cukup dekat dengan masyarakat kita.” Read more →
(HIBURAN) Astro Raikan Pelanggan Setia Menerusi Kempen ‘Meriah Bersama’ Ramadan & Raya 2018
2 Mei 2018, Kuala Lumpur – Ramadan 1439 Hijrah bakal menjelang tiba dan bulan keampunan ini dinantikan seluruh umat Islam yang menyambutnya. Stesen televisyen Astro saban tahun meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan pelbagai pengisian menarik dan penjiwaan bulan Ramadan ini dizahirkan menerusi seleksi program hebat di kesemua platformnya termasuklah di ruangan digital, televisyen, radio dan menerusi penganjuran aktiviti lapangan (‘on ground’). Read more →