Future Music Festival Asia (FMFA) kembali lagi, kali ini dengan barisan artis yang lebih hebat dan ternama. Future Music Festival Asia akan diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu 15 dan 16 Mac 2013 bertempat di Litar F1 Sepang . Majlis sidang media yang berlangsung tadi merupakan majlis untuk memperkenalkan para penaja untuk konsert ini serta sessi pengenalan barisan akhir para-para artis yang bakal membuat persembahan untuk konsert ini. Ia melibatkan hampir 84 artis solo dan berkumpulan tidak kira genre muzik dan melibatkan artis luar dan artis antarabangsa.
Archive for: January 2013
(HIBURAN) Program-program di saluran 8TV – WEEK 6 [4-10 FEB] & WEEK 7 [11-17 FEB] 2013
Program-program di saluran 8TV – WEEK 6 [4-10 FEB] & WEEK 7 [11-17 FEB] 2013 Read more →
(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem ” WAWA SEMPUT”
Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa ? Read more →
(HIBURAN) XOXO di Skrin Di 9 (TV9) jam 8.30 malam pada 30 Januari 2013
Nadiya Nisaa ditawarkan RM 2, 000 untuk menjadi kekasih Remy Ishak selama sehari? Pada mulanya lakonan mereka berjalan lancar tetapi penipuan Nadiya Nisaa terbongkar apabila adik perempuan Remy, membongkarkan penipuan mereka. Nadiya Nisa rupanya bukanlah kekasih hati Remy, sebaliknya pemilik cinta Remy adalah seorang gadis comel bernama Aleesha! Haa.. anda semua pasti tertanya-tanya bukan? Jangan keliru, itu semua hanyalah lakonan semata daripada Remy Ishak dan Nadiya Nisaa untuk telefilem istimewa arahan Kabir Bhatia, berjudul XOXO yang akan menemui penonton TV9 pada 30 Januari nanti dalam Skrin Di 9 jam 8.30 malam. Telefilem XOXO ini turut dibintangi oleh, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan dan Bonda Hajah Afida Es. Read more →
(HIBURAN) Sidang Media Konsert The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas Live In Concert”
HITMAN SOLUTIONS & GHC SOLUTIONS telah mengumumkan konsert pertama mereka untuk tahun 2013. The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas Live In Concert” akan berlangsung pada 10 Februari 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selepas hampir satu dekad, maestro ini kembali dengan alunan muzik mendayu khususnya untuk peminat di Malaysia. Pankaj Udhas adalah penyanyi dari India yang seangkatan dengan pemuzik terkenal lain seperti Jagjit Singh dan Talat Aziz, dengan membawa gaya irama Ghazal yang lebih segar dan popular. Pankaj Udhas mendapat kemasyhuran menerusi yanyian dalam filem pada tahun 1986 iaitu ” Naam “, di mana lagu “Chitthi Aayee Hai” menjadi hit secara mendadak. Selepas itu, beliau banyak terlibat sebagai penyanyi yang menyumbangkan suara dalam filem-filem terkenal lain dan telah merakamkan album sejak itu. Pada tahun 2006, Pankaj Udhas telah dianugerahkan “Padma Shri” , anugerah untuk orang awam keempat tertinggi di India. Read more →