Archive for: October 2022

(SEMASA) Majlis Pelancaran Festival Seni INSAN ISTIMEWA

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) buat julung kali telah menganjurkan Festival Seni Insan Istimewa dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya disokong oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan OKU Sentral bagi menyokong bakat dan kebolehan seni yang dimiliki golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Festival ini telah diadakan di pusat beli-belah KL Gateway Mall, Kerinchi pada 30 Okt bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Read more →

(HIBURAN) HAZMAN AL-IDRUS KEMBALI DI PENTAS ANTARABANGSA BERHIJRAH KE INDONESIA

Pernah mewakili Malaysia untuk rancangan realiti nyanyian D’Academy Asia musim pertama pada akhir tahun 2015 dan bakat lakonannya juga dicungkil setelah menerima beberapa tawaran sebagai watak utama di Indonesia, kini Hazman Al-idrus telah berhijrah ke negara seberang demi melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa. Read more →

(SEMASA) KOPETRO RASMI CAWANGAN PERTAMA ARRAHNUKITA

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2022 – Dato’ Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), hari ini telah merasmikan cawangan pertama ArRahnukita milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula beroperasi sejak 3 Ogos 2022, ArRahnukita adalah premis pemiagaan pajak gadai emas patuh syariah milik KOPETRO yang terletak di Medan Niaga Tasik Damai, sebuah kawasan pemiagaan yang menjadi tumpuan ramai di Sungai Besi. Read more →

(SEMASA) Perasmian Mondo Grocery Smart Store Cawangan Pertama Di Kuala Lumpur

Mondo Grocery merupakan kedai serbaneka 24 jam pintar pertama di Malaysia yang telah diasaskan pada September 2021. Cawangan utama Mondo Grocery terletak di Lapangan Terbang Senai, Johor dan pada 29 Oktober 2022 yang lalu sebuah kedai Mondo Grocery Flagship di Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah dilancarkan. Kedai tersebut menjual pelbagai jenis Produk, diimport dan buatan tempatan dengan lebih 500 jenama dan 5,000 produk, termasuk jenama yang kurang dikenali dan jenama besar. Read more →

(HIBURAN) ALYPH kembali dengan SWIPE

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2022 — Sejak memeriahkan radar muzik bertahun-tahun yang lalu, penyanyi rap handalan Singapore ALYPH mempamerkan kematangan dan perkembangan dalam perspektifnya sekali gus menjadi terbaik dalam kalangan rakan seangkatan. Single terbarunya, ‘SWIPE’ disuntik elemen romantik dan yakin diri kini dilancarkan pula menerusi Def Jam Malaysia dan Singapura. Read more →