Archive for: June 2013

(HIBURAN) Nick Cheung dan Crystal Lee tuai kejayaan dalam filem UNBEATABLE

IMG_6297

RAM Entertainment telah menerbangkan salah satu pelakon utama filem UNBEATABLE iaitu Nick Cheung. Filem yang membariskan beberapa pelakon hebat antaranya Eddie Peng , Andy On dan Crystal Lee bakal ditayangkan pada 22 Ogos 2013. Filem yang diarahkan oleh Dante Lam ini diterbitkan oleh Bona Films mengisahkan tentang Fa (Nick Cheung) yang merupakan bekas juara tinju yang memberi tunjuk ajar kepada seorang pengamal seni pertempuran campuran (Mix Martial Art – MMA) bernama Qi (Eddie Peng ) yang mana Qi akan membuat penampilan pertamanya di MMA dan bakal bertemu dengan Lee-Yuang Heng iaitu seorang peninju hebat dan ganas. Read more →

(HIBURAN) Konsert Akhir BMB Cecah 5 Juta Penonton

Logo BMB akhirsmall

Tahniah diucapkan kepada Achey (Mohd.Nasir Hamzah), anak didik kepada Harun Salim Bachik yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Bintang Mencari Bintang (BMB) pada malam Ahad (23 Jun) yang lepas. Lebih teruja, kemuncak BMB berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.8 juta (16.2 TVR) atau 54.4% syer penonton. (sumber: Nielsen Audience Measurement) Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan BMB Akhir telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah hampir 5 juta sepanjang siaran dari jam 9.00 – 12.00 tengah malam pada 23 Jun yang lepas. Read more →

(HIBURAN) Alvin Anthons hadir dengan “Sally”

IMG_5840gmo

Alvin Anthons yang merupakan anak didik komposer terkenal iaitu Ajai hadir dengan single kedua ciptaan komposer tersebut iaitu ” Sally”. Lagu ini merupakan single kedua selepas lagu single pertama beliau yang bertajuk ” Berdua “. Pihak pengurusan beliau Wake The Baby telah menjemput pihak media untuk sesi santai petang bersama penyanyi ini di Sri Suria Curry House. Restoran yang menghidangkan makanan masakan kaum india ini mendapat inspirasi dari masakan ibu Alvin sendiri dan lokasinya terletak di PJ21 SS3/39 Kelana Jaya.

Read more →

(SEMASA) HÄAGEN-DAZS UNVEILS “THE HOUSE OF HÄAGEN-DAZS” IN MALAYSIA

IMG_5844

Häagen-Dazs unveiled its largest campaign to date in all its key markets around the world including Malaysia. The campaign establishes the ‘House of Häagen-Dazs’ and brings to life its philosophy of superior craftsmanship and quality much in the way a fashion house would do. In conjunction with the launch of the House of Häagen-Dazs, the new Secret Sensations in a Pint range and Secret Sensations creations were introduced; which are set to savor the taste buds of the discerning. Read more →

(HIBURAN) Kumpulan Wala Juara Raja Lawak musim ke 7

IMG_6090crop

Teka-teki siapakah yang bakal merangkul gelaran juara! di gelanggang akhir Raja Lawak Musim Ke-7 akhirnya terjawab apabila kumpulan Wala yang terdiri daripada Wan Mustapha Muntek dan Walawd Parman berasal dari Sabah dinobatkan selaku juara di gelanggang akhir Raja Lawak 7. Selaku juara, kumpulan itu berjaya meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Manakala naib juara dimenangi oleh kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat. Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Read more →