Jika anda merasakan pekerjaan anda sangat teruk dan menyeksakan, fikirkan sekali lagi. Pastinya anda akan berubah fikiran setelah melihat sesuatu yang tidak pernah anda alami menerusi program majalah dokumentari baru, DETIK 12 MALAM mulai 3 Mac ini. Setiap malam minggu selama 30 minit, jangan lepaskan peluang untuk bersama pengantara Saiful Azmi Jamsari yang akan memaparkan kisah-kisah sebenar pengalaman bekerja pada waktu jam 12.00 tengah malam. Read more →
Archive for: February 2013
(HIBURAN) Filem ” Bunohan ” bolot 3 Anugerah Cipta FFM25
Filem Bunohan meraih tiga anugerah daripada sepuluh pencalonan pertama pada majlis pembukaan Filem Festival Malaysia (FFM) Ke-25 yang diadakan malam ini. Filem arahan Dain Iskandar Said itu berjaya meraih Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik yang diterima Imaginex studio bagi pihak mendiang Yuan Tan Tan Wei, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex) dan Penataan Seni Terbaik (Dain Iskandar Said).
(SEMASA) Wajah Baru Di Wanita Hari Ini (WHI) di TV3
WHI PERKUKUH KONSEP DAN KETRAMPILAN
Program popular bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 12 tahun ia disiarkan. Program bual bicara satu jam ini kini tampil dengan musim baru dengan memperkenalkan set yang lebih elegan, barisan pengacara yang baru serta memaparkan segmen-segmen seperti fesyen, kesihatan, isu-isu semasa, dari fail mahkamah, dan asam garam rumahtangga.
(SEMASA) Program Da’i Minggu Keenam (23 Februari 2013)
‘PENGENDALIAN HATI ADIK-ADIK REMAJA’
Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan silih berganti dan kini tiba episod yang keenam yang pastinya tugasan yang diberikan kepada barisan finalis Da’i semakin mencabar fizikal dan mental. Daripada yang senang kepada yang susah dan daripada yang susah kepada yang lebih mencabar. Bertitik tolak daripada itu, selepas mendapat dan menimba kemahiran-kemahiran penting untuk diserap ke dalam diri, pada minggu lalu barisan finalis Da’i diberi tugasan untuk mngendalikan anak-anak remaja dalam mengajak ke arah kebaikan. Read more →
(HIBURAN) VIMA Music Awards 2013
VIMA Music Awards 2013 merupakan anugerah muzik untuk pengkarya bebas yang terbesar di Asia Tenggara dan dunia. Ia diilhamkan oleh organisasi yang sama yang menganjur kan AVIMA (Asia Voice Independent Music Awards) iaitu Bite My Music. Ia menjadi platform muzik dan anugerah utama yang mengiktiraf penglibatan pemuzik-pemuzik dan penyanyi bebas (indie) diseluruh dunia. Pada 24 Februari 2013 yang lalu, telah berlangsungnya majlis penganugerahan VIMA Music Awards 2013 di The VIEW, G-Tower , Kuala Lumpur. Read more →