Category: Semasa

(SEMASA) Da’i – SESI PENYINGKIRAN PERTAMA UNTUK MUSIM INI

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin

Petaling Jaya, 4 Februari 2013 – Cabaran sudah bermula! Namun begitu setiap finalis harus berdepan dengan sesi penyingkiran yang pertama untuk musim ini. Siapakah di antara 12 finalis Da’i musim ini yang bakal meninggalkan program Da’i buat selama-lamanya? Atau finalis akan diselamatkan dengan tiada penyingkiran? Read more →

(SEMASA) Produk Baru ” Pensonic PapaBlend”

IMG_4124

PENSONIC Malaysia telah memperkenalkan produk terbaru  mereke ” PAPABLEND” yang merupakan pengisar yang memiliki kedua-dua fungsi mengisar dan menggiling. Pengisar yang mempunyai 8 bilah keluli tahan karat ini merupakan produk baru bagi golongan yang mementingkan cara hidup yang sihat. Di majlis ini juga pihak PENSONIC telah memperkenalkan duta bagi produk ini iaitu Peter Davis yang merupakan seorang pelakon, model dan ahli tempur seni mempertahankan diri. Read more →

(SEMASA) ‘Da’i – Pendakwah Milenia’ program realiti agama terbaru di TV3

307583_10151174846126167_1831875341_n

Terbaru di TV3, program realiti agama ‘Da’i – Pendakwah Milenia’ bakal mengetengahkan golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah. Tiga sesi uji bakat telah berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 8 hingga 10 Oktober 2012 bagi mencari 20 peserta yang layak bertanding dalam saringan pertama. Uniknya, sebelum program Da’i mula bersiaran pada 19 Januari nanti, hanya 12 peserta yang akan dipilih untuk mara ke peringkat seterusnya. Siapakah 8 peserta yang bakal disingkirkan sewaktu majlis pelancaran nanti? Read more →

(SEMASA) ‘Sepetang Bersama Buletin Utama’

IMG_3362

BULETIN UTAMA memainkan peranan menyampaikan berita merangkumi hal ehwal nasional, antarabangsa, perniagaan, sukan dan politik. Ia telah menjadi wadah berita nombor satu negara sejak penubuhan TV3 pada bulan Jun 1984. Disiarkan selama sejam setiap hari dari 8.00 hingga 9.00 malam, ‘Buletin Utama’ secara purata berjaya menarik 2.9 juta penonton. Menggabungkan wajah-wajah lama dan baru, antaranya, Nasharudin Tajudin, Kamarudin Mape, Norliza Md Zain, Azwaliza Azman, Izwan Azir Salleh, Pang Chinn Fei, Saiful Nizam Ismail, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Nur Jamalina, Mior Abdul Malek, Gina Woon, Abu Bakar Atan, Hazlin Hussain dan Nurnadia Mat Zuber, BULETIN UTAMA komited untuk terus memaparkan persembahan berita yang tersendiri dalam laporan dan segmen baru. Read more →

(SEMASA) Majlis penyerahan cek sumbangan “Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad”

IMG_2410

Majlis penyerahan cek sumbangan “Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad” bernilai RM 1 Juta kepada MERCY Gaza Relief Fund yang diwakili oleh Dato Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus selaku Presiden MERCY Malaysia. Read more →