(HIBURAN) ” Cinta Jangan Pergi “drama bersiri terbaru di TV9

IMG_7144crop

Drama bersiri Cinta Jangan Pergi (CJP) arahan Kabir Bhatia  mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Khalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Kehadiran Khalil pada permulaannya tidak disenangi oleh lea, dan akhirnya cinta mereka berputik. Namun siapa sangka dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga.  Apa yang terjadi antara mereka ? Nantikan lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah,Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayob di dalam variasi drama 26 episod ini bermula 6 April nanti, setiap sabtu dan ahad, hanya di TV9! Read more →

(HIBURAN) Filem “BOLA KAMPUNG THE MOVIE”

bola kampungGMO

Awal tahun 2013 dijalani dengan pembukaan tahun yang baik bagi pihak Animasia Studio. Bermula dengan pencalonan program animasi “Ask Lara” di International Emmy Kids Awards pada Februari 2013, antusias dan keyakinan untuk terus keluar dengan produk-produk yang bermutu buat khalayak terus memuncak. Read more →

(HIBURAN) Asmidar tampil dengan album sulung “KALI PERTAMA”

537580_554034304631460_492134563_n

Jika disebut nama Asmidar …ramai yang mengenali beliau apabila beliau pernah menjuarai satu rancangan realiti TV berkonsepkan nyanyian di salah satu stesen tv swasta pada ketika dahulu. Pemilik nama penuh Nor Hasmidar Binti Ahmad  yang berasal dari Kuala Lumpur ini bakal muncul dengan album sulung beliau yang bertajuk “KALI PERTAMA” di bawah label pengedaran Warner Music Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Filem ” Cerita Kita “….

IMG_6939Sutradara muda Pierre Andre kembali ke bidang pengarahan untuk filem ke 10 dari 11 filem beliau. Filem ke 74 keluaran MIG ini membariskan finalis FFM25 iaitu Pekin Ibrahim bergandingan dengan Yana Samsudin dan Fezrul Khan. Filem yang disiapkan dalam tempoh 11 hari ini menggunakan pendekatan ” filem yang di INDIE kan “ sebagai salah satu trend baru dalam menyiapkan filem berskala sederhana tanpa membabitkan peruntukan yang banyak dengan mengunakan peralatan yang seringkas mungkin. Filem cereka ‘Cerita Kita’ di bawah syarikat MIG Pictures Sdn. Bhd. akan menemui penonton di pawagam-pawagam tanah air pada 7 Mac 2013.
Read more →

(HIBURAN) “Bunohan” terbaik ….

IMG_0205smallGMOSeperti yang dijangka oleh ramai peminat filem tanah air, filem Bunohan diangkat sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi. Kejayaan ini dilengkapi dengan kemenangan-kemenangan lain seperti  Anugerah Pengarah Filem Terbaik melalui sutradaranya  Dain Iskandar Said manakala Faizal Hussein dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik selain anugerah  Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.  Read more →