(HIBURAN) EMMA HEWITT Live In Concert 2013

Spread the love

1146551_397880576980236_1640656737_n

EMMA HEWITT penyanyi no 1 trance di dunia bakal mengegarkan KL Live sempena EMMA HEWITT Live In Concert 2013. Penyanyi EDM (Electronic dance music) terbaik ini pernah berkolaborasi dengan ramai DJ-DJ termasyhur seperti Armin Van Buuren. Dash Berlin, Cosmic Gate, Allure, Gareth Emery dan ramai lagi. Bagi peminat muzik EDM di Malaysia beruntung kerana setelah beberapa usaha sebelum ini untuk membawa penyanyi trance tersebut gagal dan pada kali ini cita-cita tersebut berjaya dilaksanakan. Bakal memgadakan persembahan selama 40-45 minit dan 2 set persembahan, konsert ini dijangka menarik minat lebih 3000 peminat. Temui EMMA HEWITT pada 20 September nanti. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Lagenda Budak Hostel (LBH)

Spread the love

IMG_3192

Sinopsis Lagenda Budak Hostel (LBH)

Lagenda Budak Hostel (LBH)  mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.

Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) VIKINGDOM……dimensi baru KRU Studios

Spread the love

Vikingdom cropsmall

Filem yang dinanti-nanti kan oleh peminat seni filem tanah air telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara. Filem yang berskala dan berkos besar ini juga turut menjadi filem tempatan pertama yang menembusi pasaran Amerika Syarikat dan bakal ditayangkan di pawagam bermula  4 Oktober 2013. Tayangan di Amerika Syarikat ini bakal menjadi pencetus kepada tayangan di negara lain di serata dunia bermula dari pertengahan Oktober 2013 sehingga Mac 2014. Diantara pengedar utama filem ini adalah Universal Pictures yang telah mendapat hak pengedaran filem ini dibeberapa buah negara termasuklah United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil. Menurut Norman Abdul Halim, filem ini telah membuat keuntungan awal hasil pra-jualan bernilai RM10 juta di mana filem ini telah ditempah sebelum ia siap dan mempunyai perjanjian asas yang membolehkan pihak KRU Studios memperolehi pembayaran deposit dari pengedar. Norman menambah, kos penghasilan filem ini sedikit sebanyak ditampung dengan suntikan dana dari pihak Finas yang mengfokus kan kepada penghasilan CGI. Bagi pengarah filem ini pula iaitu saudara Yusri Abdul Halim, beliau sangat berpuas hati dengan penghasilan filem ini dimana tenaga produksi dibalik pembikinan filem ini dijayakan oleh kepakaran 100 peratus anak tempatan. Bagi Edry Abdul Halim pula . beliau ditugaskan dalam penyediaan runut bunyi atau muzik skor yang seratus peratusnya yang asal. Beliau juga turut memuji komitmen kumpulan MOJO dalam menyanyikan OST filem ini yang berjudul “Dark Clouds” yang juga merupakan single terbaru kumpulan ini dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa. Read more →


Spread the love

(SEMASA) SURIA fm bayar bil anda ……….Suria FM Menceriakan Poketmu!

Spread the love

SURIA_BAYARKAN_1

Suria FM kini sedang sibuk dengan kempen Suria Bayarkan yang telah bermula pada 2 September 2013 yang lalu. Setakat seminggu peraduan ini berlangsung, maklumbalas yang kami terima dari para pendengar amat menggalakkan dimana kami telah menerima 1604 gambar bil-bil yang minta untuk dibayarkan. Ada yang menghantar bil telefon, bil utiliti, bil barangan dapur, bil kad kredit dan sebagainya. Read more →


Spread the love

(SEMASA) KFC HOT BOX – semuanya dalam satu hidangan

Spread the love

IMG_9690

KFC Malaysia telah melancarkan inovasi terbaru dan terkini mereka – KFC HOT BOX terbaru yang lebih besar dan hebat. Penambahan kentang rangup dan sos Jalapeno menambahkan lagi keunikannya. KFC HOT BOX ini memberi peluang kepada pelanggan memilih satu daripada empar burger KFC kegemaran ramai iaitu Zinger, Cheezy Zinger, Colonel Burger dan Colonel Fish Burger. Ia disertakan seketul ayam (original atau hot and spicy) , kepingan kentang rangup dan sos keju Jalapeno disamping air berkarbonat. Hadir sama dipelancaran KFC HOT BOX ini ialah Datuk Ahmad Zaki Zahid yang merupakan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd yang berkeyakinan produk KFC HOT BOX ini bakal menjadi hidangan pilihan ramai terutamanya kepada golongan sasar  iaitu generasi muda. Untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan, strategi pengiklanan dan promosi dipertingkatkan menerusi medium pengiklanan yang pelbagai seperti TV, Radio dan akhbar serta melalui bahan-bahan pusat jualan dan menerusi media online, e-news, facebook dan twitter. Promosi jualan KFC HOT BOX akan berlangsung selama 2 bulan bermula 10 September hingga 21 Oktober 2013 sementara stok masih ada. Read more →


Spread the love