Tag: 15 SENANDUNG AIDILFITRI

(HIBURAN) Album 15 SENANDUNG AIDILFITRI

15

Raya kembali lagi! Kali ini lagu-lagu Raya daripada Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz, Awie, Feminin, Maya Karin, Adibah Noor dan ramai lagi disatukan bersama dalam satu album yang berjudul ‘15 Senandung Aidilfitri’. Ini merupakan sebuah album kompilasi Raya terbaru terbitan Warner Music Malaysia. Sebanyak 15 buah lagu-lagu Hari Raya disatukan dalam album kompilasi Raya ini. Terdapat 3 buah lagu terbaik sepanjang zaman iaitu dari Dato’ Jamal Abdillah, Feminin dan Ajai. Turut menampilkan 2 buah lagu baru iaitu dari Soo Wincci yang bertajuk ‘Salam Aidilfitri’ dan ‘Syawal Tanpamu’ oleh NtahSape2Ntah. Bagi peminat lagu-lagu Hari Raya, jangan lepaskan peluang untuk menceriakan Hari Raya anda dengan ’15 Senandung Aidilfitri’yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 23.90 hanya daripada Warner Music Malaysia! Read more →