Tag: astro shaw

(HIBURAN) GOLD – DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR ATLET MALAYSIA PEMENANG PINGAT EMAS PERTAMA BADMINTON PARALIMPIK DUNIA, CHEAH LIEK HOU

5 Julai 2024, Kuala Lumpur – Astro Shaw terus aktif mempersembahkan filem berkualiti dengan mengangkat cerita-cerita menarik dari Malaysia ke pentas dunia. Terbaru, Astro Shaw bersama Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films dan One Cool Entertainment mempertaruhkan filem Gold, kisah yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou. Gold akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Julai ini. Read more →

(HIBURAN) FILEM MALAYSIA ‘THE EXPERTS’ TARIK TUMPUAN DUNIA, DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA SHANGHAI 2024

14 Jun 2024, Kuala Lumpur – Filem aksi terbaru dari Malaysia terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun. Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China. Read more →

(HIBURAN) AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’

11 Jun 2024, Kuala Lumpur – Astro Shaw mengumumkan pemilihan aktor Aedy Ashraf untuk membawakan watak Beja, serta model dan bakat baru Sky Iskandar untuk watak Megat yang akan digandingkan dengan Amir Ahnaf sebagai Kahar, untuk filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL. Selain itu, dua watak lain turut dipilih menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh sebagai Li dan Khenobu sebagai Jojo. Majlis pengumuman ini telah berlangsung di LMP, Lumi Tropicana, Petaling Jaya. Read more →

(HIBURAN) FILEM KELUANG MAN MULA PENGGAMBARAN, ASTRO SHAW UMUM BARISAN PELAKON LAIN

Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 – Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, KELUANG MAN terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu! Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor. Read more →

(HIBURAN) FILEM THE EXPERTS CATAT RM10 JUTA, JADI PILIHAN RAMAI DI PAWAGAM

3 Jun 2024, Kuala Lumpur – Filem aksi heist no 1 pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta. Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini telah menjadi kegemaran penonton dan menerima ulasan positif daripada peminat dan pihak media. Read more →