Archive for: January 2013

(HIBURAN) Sidang Media Konsert The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas Live In Concert”

IMG_4866

HITMAN SOLUTIONS & GHC SOLUTIONS telah mengumumkan konsert pertama mereka untuk tahun 2013. The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas Live In Concert” akan berlangsung pada 10 Februari 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selepas hampir satu dekad, maestro ini kembali dengan alunan muzik mendayu khususnya untuk peminat di Malaysia. Pankaj Udhas adalah penyanyi dari India yang seangkatan dengan pemuzik terkenal lain seperti Jagjit Singh dan Talat Aziz, dengan membawa gaya irama Ghazal yang lebih segar dan popular. Pankaj Udhas mendapat kemasyhuran menerusi yanyian  dalam filem pada tahun 1986 iaitu  ” Naam “, di mana lagu “Chitthi Aayee Hai” menjadi hit secara mendadak. Selepas itu, beliau banyak terlibat sebagai penyanyi yang menyumbangkan suara dalam filem-filem terkenal lain dan telah merakamkan album sejak itu.  Pada tahun 2006, Pankaj Udhas telah dianugerahkan “Padma Shri” , anugerah untuk orang awam keempat tertinggi di India.  Read more →

(HIBURAN) Tayangan Perdana Filem HUSIN MON DAN JIN PAKAI TONCIT

IMG_4861

SINOPSIS / MENGENAI FILEM

Beberapa tahun yang lalu selepas kejadian “Hantu Kak Limah” Husin yang telah bankrap akibat di tipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang dilanda Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun bebarapa hari selepas itu Kampung Pisang telah di dilanda sesuatu perkara yang aneh.  Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki –lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan mee maggi dari Singapura… apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin. Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Jin Pakai Toncit di pawagam, 7 Febuari 2013. Read more →

(HIBURAN) JOZAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012

IMG_4719smallGMO

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2 Raih Habuan RM500 000 | Seperti yang dijangka, malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 menjadi malam penuh bermakna buat kumpulan Jozan apabila dinobatkan sebagai juara, di pentas akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru.IMG_4721gmo Read more →

(SEMASA) Produk Baru ” Pensonic PapaBlend”

IMG_4124

PENSONIC Malaysia telah memperkenalkan produk terbaru  mereke ” PAPABLEND” yang merupakan pengisar yang memiliki kedua-dua fungsi mengisar dan menggiling. Pengisar yang mempunyai 8 bilah keluli tahan karat ini merupakan produk baru bagi golongan yang mementingkan cara hidup yang sihat. Di majlis ini juga pihak PENSONIC telah memperkenalkan duta bagi produk ini iaitu Peter Davis yang merupakan seorang pelakon, model dan ahli tempur seni mempertahankan diri. Read more →

(HIBURAN) Filem ” The Impossible “

Poster 27x39 (copy2)cropsmall

Filem yang memaparkan kisah sebenar mengenai satu keluarga yang berhadapan dengan bencana Tsunami pada tahun 2004. Filem yang dilakonkan oleh pelakon Naomi Watts dan Ewan McGregor ini diarahkan oleh JA Bayona. Maria (Naomi Watts), Henry (Ewan McGregor) dan ketiga-tiga anak mereka memulakan percutian musim sejuk mereka di Thailand. Tetapi pada pagi 26 Disemberi keluarga ini  telah dibawa oleh arus ombak pantai yang disebabkan oleh bencana Tsunami  yang merempuh kawasan hotel penginapan mereka di Pulau Phuket. Kejadian ini menyebabkan ahli keluarga ini terpisah diantara satu sama lain. Filem yang bedasarkan kisah sebenar ini memaparkan kegigihan seorang bapa mencari isteri dan anak beliau selepas malapetaka buruk ini berlaku serta kegigihan seorang isteri dan anak lelaki beliau berikhtiar untuk menyelamatkan diri. Read more →