Archive for: June 2013

(SEMASA) Izara Aishah wajah baru InnerShine

IMG_3476

Keberkesanan InnerShine® Pati Prun untuk menjaga kecantikan kini dipertingkatkan lagi dengan zat dan ramuan detoksifikasi tambahan melalui formula barunya yang diperkaya dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon yang digelar buah berkualiti tinggi (superfruit) kerana kehebatannya. Tiga ramuan utamanya, Camu Camu, Maltodekstrin Resistan dan pati prun California, mengandungi Vitamin C semula jadi yang optimum untuk menyihatkan badan serta menyerikan kulit dengan meningkatkan kelancaran penghadaman dan proses detoksifikasi. Inovasi ini menjadikan  InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu minuman kecantikan yang lebih baik untuk anda. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang – ‘AJO TERSINGKIR ‘

Ajo (Faizal Ismail) tersingkir pada konsert separuh akhir pertama apabila mendapat markah terendah

Keputusan separuh akhir pertama telah meletakkan Achey (Harun Salim Bachik) sebagai juara mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 67.4 dan diikuti oleh Bowl (Afdlin Shauki) 63.6 markah, Titan (Sabri Yunus) 63.0 markah, Bocik (Afdlin Shauki) 56.3 markah dan Tapaw (Faizal Ismail) 54.7 markah. Manakala Ajo anak didik kepada Faizal Ismail terpaksa meninggalkan pentas BMB apabila meraih markah terendah sebanyak 53.0 markah. Read more →

(SEMASA) Himpunan ibu hamil TERBESAR anjuran ntv7 diiktiraf The Malaysia Book of Records

bby showersmall

Kuala Lumpur, 2 Jun – Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan himpunan terbesar ibu-ibu hamil menerusi acara ‘Bella Bundle of Joy’ (BBOJ) yang bertujuan meraikan wanita yang bakal menimang cahaya mata. Malah percubaan itu juga berjaya dicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records apabila seramai lebih daripada 125 orang wanita hamil menghadiri acara tersebut. Acara ‘baby shower’ ini sebenarnya diilhamkan daripada rancangan temubual wanita popular stesen televisyen itu, Bella. Read more →

(HIBURAN) Filem Monsters University 2013

 

 

Monsters-University-2013-Wallpaper-HD-for-DesktopsmallFilem Monsters University 2013 adalah filem animasi komputer 3D yang dijangka bakal ditayangkan pada  20 Jun 2013 yang merupakan sekuel dari Monsters, Inc. Filem ini adalah filem ke 14 yang diterbitkan oleh syarikat produksi Pixar Animation Studios dan akan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Lebih dari 10 tahun dinantikan akhirnya muncul kisah baru dari monster raksasa Sulley dan monster bermata satu “Mike”. Namun ia bukanlah filem sekuel tetapi merupakan sebuah prekuel. Filem ini sekaligus menjadi filem prekuel pertama sepanjang sejarah penerbitan Pixar Animation Studio. Apalagi dengan jarak hampir 12 tahun, film ini boleh menjadi nostalgia yang menyeronokan untuk seisi keluarga menyaksikanya di pawagan. Read more →

(HIBURAN) I MISS YOU PENUH KONFLIK YANG MENDEBARKAN

I Miss You

Drama “I Miss You” menerusi slot Chamsarang TV9 telah mula ditayangkan pada 28 Januari lalu di TV9 bakal menemui pengakhirannya.  Drama yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang Lee-Soo Yeon yang hidup dalam kesuraman semenjak kecil kerana disisihkan masyarakat. Perkenalannya dengan Han Jung-Woo seakan memberi sinar dalam hidupnya tetapi akibat peristiwa hitam ditinggalkan Jung-Woo sewaktu mereka diculik, Soo-Yeon hilang rasa percaya pada Jung-Woo. Pelbagai mainan emosi telah diterapkan di awal siri drama ini membuatkan ramai penonton ternanti-nanti apakah kesudahan drama ini yang dilakonkan oleh Park Yu-Chun, Yun Eun-Hye, Yoo Seung-Ho dan ramai lagi pelakon hebat. Read more →