Archive for: June 2013

(HIBURAN) TV9 DPS Schedule June 3-9, 2013.

tv9small

ISNIN, 03 JUN 2013

7.30 mlm            SERIKAN IMPIAN BERSAMA FAIR & LOVELY

Siri realiti Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely akan menampilkan sepuluh orang gadis dari pelbagai latar belakang. Bersama Fair & Lovely, gadis-gadis ini akan melalui transformasi yang bakal menyerlahkan kecantikan dalaman serta melahirkan penampilan baru yang lebih berseri di sepanjang perjalanan untuk mencapai impian mereka. Read more →

(SUKAN) Klinik Bolasepak YKK, Real Madrid dan PKNS FC

263202_577569245597493_1104704253_nYKK dengan usahasama bersama Real Madrid dan PKNS FC akan mengendalikan 4 klinik untuk 250 kanak-kanak pada 1 dan 2 Jun di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya. Projek ini yang merupakan inisiatif “Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)” syarikat YKK ini akan memberikan peluang kepada hampir 30 jurulatih tempatan serta 250 kanak-kanak terpilih untuk bersemuka dan menjalani latihan bersama-sama jurulatih dari Yayasan Real Madrid yang merupakan sayap latihan kelab bolasepak terbesar di Sepanyol itu. Read more →

(HIBURAN) MANIFESTO Juara Versus Musim Ke 2

IMG_3261MANIFESTO yang merupakan gabungan vokalis TOMOK bersama kumpulan band indie MODREAD yang merupakan band projek telah menjadi juara konfrontasi terakhir VERSUS musim ke 2. Kumpulan ini menewaskan KYOTO PROTOCOL  pada “battle” terakhir dengan mendapat undian SMS tertinggi. MANIFESTO yang membawakan lagu battle daripada kumpulan rock otai XPDC yang bertajuk “Titian Perjalanan” merangkul hadiah wang tunai yang lumayan berjumlah RM200 ribu dengan menewaskan KYOTO PROTOCOL yang membawakan lagu C.I.N.T.A di pusingan battle terakhir dan juga 3 band lain iaitu KRISTAL, ESTRANGED dan OH CHENTAKU di peringkat awal. Setelah bertungkus lumus hampir 8 minggu, kelima-lima band ini buat kali terakhirnya membuat perhintungan dengan menyampaikan 2 jenis lagu iaitu MASH-UP (gabungan 2 lagu pilihan sendiri dan juri) serta LAGU BARU. Peminat-peminat VERSUS di Space U8 Shah Alam dihiburkan dengan 10 lagu iaitu Chill Brader dan Aku Cinta Padamu +Belaian Jiwa (ESTRANGED), Persoalan dan Awas + Peronda Jaket Biru (KRISTAL), Jelita dan Tiada Lagi Kidungmu + Rindu (KYOTO PROTOCOL) , Manifesto dan Biar Putih Tulang + Bukan Cinta Biasa (MANIFESTO) serta Seri Puteh dan Tamparan Wanita +Papa Jahat+Seindah Biasa (OH CHENTAKU). Di pentas akhir ini Datuk Hattan menjadi juri jemputan selain juri tetap Jennifer Thompson dan Loque serta kumpulan XPDC sebagai artis jemputan untuk minggu terakhir ini. Read more →