Archive for: December 2013

(HIBURAN) “Dan Calonnya Adalah…”

Tonton Dan calonnya adalah-2

“Dan Calonnya Adalah…” merupakan komedi ringan mengenai Katrina yang cuba mencari calon suami untuk dirinya atas desakan ibunya. Katrina perlu mendapatkan pasangan hidupnya sebelum tarikh akhir yang ditetapkan atau menerima jodoh pilihan ibunya. Sebuah kisah perjalanan cinta Katrina menempuh pelbagai ragam temujanji dalam mencari lelaki impiannya. Drama web bersiri “Dan Calonnya Adalah…” akan menemui anda pada 12 Disember 2013, setiap Isnin – Jumaat, jam 12 tengah hari. Dibintangi oleh Faralyna Idris dan Anding Indrawani.

Read more →

(HIBURAN) Album terbaru FUYING & SAM

IMG_3541gmo

Berbekalkan satu single yang berjudul “ PROTECT” , pasangan duo FUYING & SAM telah berjaya menempatkan nama mereka dipersada muzik tanah air. Kejayaan yang dilakar oleh pasangan duo ini semenjak 6 bulan yang lalu telah berjaya membuka mata para peminat dan mereka yang terlibat di dalam industri ini. Lagu “PROTECT” yang menjadi lagu latar untuk filem “ Kepong Gangster” telah menerima rating yang baik dan menjadi lagu pilihan TOP 10 peminat di KTV seluruh Malaysia. Single ini juga telah menjadi pilihan untuk digunakan di dalam satu endorsement pengiklanan antarabangsa.   Read more →

(HIBURAN) OMG Kaut Hadiah RM250,000 Sebagai Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama

 IMG_3633

Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama. Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan ini berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah  RM250,000 manakala naib juara iaitu kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Read more →

(HIBURAN) HAVOC manifestasi segar Joe Flizzow

IMG_3475cropgmo

7 DISEMBER 2013 – Bertempat di LUST KL, telah berlangsungnya pelancaran dan mini showcase album terbaru Joe Flizzow yang berjudul “HAVOC”. Setelah agak lama tidak muncul dengan album baru, Joe Flizzow telah membuat kejutan dengan menerbitkan album penuh Bahasa Malaysia pertama buat tatapan peminat setia beliau. HAVOC merupakan kesinambungan yang amat dinantikan kepada album President yang dilancarkan pada tahun 2009 lalu. Read more →

(HIBURAN) Filem “Papadom 2”

Papadom 2cropsmall

Sinopsis Papadom 2

Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia. Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang. Read more →