Archive for: December 2014

(HIBURAN) ELLA #THROWBACK

ELLA #THROWBACK

Sebagai Ratu Rock Malaysia yang mempunyai pengikut yang ramai, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah lagi album kompilasi Ella yang menggabungkan lagu-lagu terbaik Ella sepanjang beliau bergelar sebagai seorang penyanyi yang berjudul “Ella #Throwback”. Perkataan throwback dipilih sesuai dengan trend semasa yang sering diguna pakai oleh penggemar media sosial untuk mengimbau kenangan atau memori yang lepas. Lagu-lagu di dalam album ini juga pastinya akan menggamit semula kenangan kita semua terutama sekali kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagu Ella. Read more →

(HIBURAN) IQRA – ALBUM KOMPILASI MAWI & RAIHAN

Iqra Mawi & RaihanSMALL

Apabila berbicara mengenai nasyid atau lagu ketuhanan, sudah tentu dua nama gergasi industri tempatan akan bermain di minda para pendengar iaitu Mawi dan juga Raihan. Kedua-dua barisan artis ini sinonim dengan imej ketuhanan yang sering dibawa oleh mereka. Raihan bukanlah calang calang nama di dalam industri muzik tempatan.  Kejayaan mereka boleh dilihat dengan penjualan album mereka terutama sekali album yang berjudul “Puji-pujian” dengan jualan lebih dari 750 000 unit. Bukan itu sahaja, Raihan juga merupakan antara barisan artis tempatan yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London dan telah meraih lebih dari 24 anugerah tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada itu, Permaisuri United Kingdom, Queen Elizabeth II juga pernah bertemu dengan mereka secara peribadi.  Ini secara tidak langsung telah menaikkan taraf status mereka dan juga nama Malaysia di arena industri muzik antarabangsa. Read more →

(SEMASA) ERA fm dan Fresh & White lakar rekod baru Malaysia Book of Records dengan menakluki Gunung Kinabalu

IMG_0115 (1)

Stesen radio No.1 Malaysia yang beroperasi dibawah naungan Astro Radio bakal mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records dengan menakluki Gunung Kinabalu melalui siaran radio secara langsung pada bulan ini.  Berkerjasama dengan Fresh & White, ERA fm bakal melakukan siaran secara langsung dari atas puncak Gunung Kinabalu pada 11 Disember 2014. Ini adalah kali pertama ERA fm akan bersiaran di luar studio dengan persekitaran yang amat berbeza dari yang sebelumnya secara berterusan selama 14 jam tanpa henti. Secara tidak langsung, pendakian yang bakal dilakukan oleh mereka ini memecah rekod siaran langsung radio dari kemuncak gunung itu. Siaran langsung melalui corong ERA fm ini akan menjadi suatu kelebihan buat radio ini sendiri apabila berjaya melakar sebuah sejarah baru siaran pertama tertinggi dan paling  jauh di Malaysia. Misi pendakian ini dilancarkan adalah bersempena dengan Hari Gunung Antarabangsa. Read more →

(HIBURAN) ADIWIRA oleh Zizan dan KRU

ADIWIRA

Adiwira dikenali dengan sifat keberanian dan kebolehan yang tidak terdapat pada manusia biasa. Cicakman merupakan adiwira yang tidak asing bagi penggemar filem tempatan. Setelah 7 tahun selepas Cicakman 2 – Planet Hitam diterbitkan pada tahun 2008, kini KRU Studios kembali menggegarkan industri perfileman tempatan dengan menerbitkan “Cicakman 3” lakonan Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz  yang akan berada di pawagam pada 12 Mac 2015. Read more →