Archive for: October 2022

(SEMASA) Amazfit Lancar Jam Tangan Pintar GTR 4 dan GTS 4 di Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2022 Amazfit, jenama perkakasan boleh pakai pintar premium milik Zepp Health Corporation (Zepp), dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran jam tangan pintar Amazfit GTR 4 dan Amazfit GTS 4 yang menawarkan lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif dalam sukan, fesyen dan perniagaan. Read more →

(HIBURAN) PENGANJURAN KONSERT ROSSA 25 TAHUN DI KUALA LUMPUR BAKAL MANFAAT PENDIDIKAN ANAK BANGSA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa telah tiba di Malaysia bagi mempromosikan siri Jelajah Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” dan merupakan Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. Turut diadakan penyerahan bantuan pendidikan ke Menara Gading kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan YBhg. Dato’ Sri Rossa sendiri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada hari ini. Sumbangan berbentuk dana kewangan, komputer riba dan barangan keperluan yang diberikan ini adalah hasil dari jualan tiket Konsert Rossa 25 Tahun yang telah terjual sepanjang bulan September. Read more →

(HIBURAN) ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.  One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah  menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Read more →

(HIBURAN) REMP-IT 2 BAKAL MENCETUSKAN FENOMENA SELEPAS 16 TAHUN

Remp-it pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2006. Kini, setelah 16 tahun ia kembali dengan nafas dan aksi terbaru melalui Remp-it 2. Dunia permotoran sendiri telah melalui satu perubahan yang agak ketara sepanjang tempoh tersebut seiring berlakunya perubahan dalam dunia penerbitan filem dan selera penonton. Menyedari perkara itu, FKX Film tampil dengan filem sulungnya yang mengetengahkan aksi dan jalan cerita yang lebih matang dalam Remp-it 2. Filem yang menjalani penggambaran pada hujung 2019 ini terpaksa menunggu lebih lama untuk menemui penonton disebabkan pendamik Covid-19 yang melanda dunia. Read more →

(SEMASA) WARM THEIR WINTER, PROJEK PENGUMPULAN PAKAIAN MUSIM SEJUK  UNTUK PELARIAN SYRIA

2 Oktober 2022, Bukit Jelutong  – Syria bakal menghadapi musim sejuk tidak lama lagi. Bagi pelarian Syria, ia seperti mimpi ngeri kerana kesejukan melampau yang boleh meragut nyawa.  Read more →