Archive for: October 2022

(SUKAN) AGILAN “ALLIGATOR” THANI MEMBUAT KEMUNCULAN  DI ‘ONE on PRIME VIDEO 3 MEDIA DAY’ di KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, Malaysia, 13 Oktober, 2022: ONE Championship, organisasi seni mempertahankan diri terbesar di dunia mengadakan hari media hari ini di Kuala Lumpur di Blueprint Martial Arts Gym bersama bintang MMA tempatan Agilan “Alligator: Thani. Acara itu memberi peluang kepada media untuk berinteraksi dan mendekati Thani sebelum pertarungannya semasa ONE di Prime Video 3 Sabtu, 22 Oktober di Axiata Arena menentang Ilja Stojanov dari Jerman (Rekod Pro MMA: 7-0-1). Read more →

(HIBURAN) KETAKSUBAN & PENYESATAN DALAM ‘TALBIS IBLIS’, FILEM SERAM ARAHAN KABIR BHATIA DI PAWAGAM 20 OKTOBER

Kuala Lumpur, 22 September 2022 –  Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem genre seram Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek  di Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21. Read more →

(SUKAN) ONE CHAMPIONSHIP KEMBALI KE KUALA LUMPUR DENGAN SATU MALAM PERTARUNGAN YANG PENUH AKSI

Kuala Lumpur, Malaysia, 13 Oktober 13, 2022: ONE Championship, organisasi seni mempertahankan diri terbesar di dunia, akan kembali ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 22 Oktober dengan ONE Fight Night yang penuh aksi di Axiata Arena. Read more →

(SEMASA) Audi A3 Sedan S line serba baharu dilancarkan di Malaysia, RS 3 Sedan dibuka untuk tempahan

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini melancarkan generasi kedua model terkenal Audi – A3 Sedan ke pasaran Malaysia. Sekali lagi mendefinisikan segmen kenderaan kompak mewah, Audi A3 Sedan menggabungkan bahasa rekaan baharu yang lebih menyerlah, bersama teknologi termaju dan menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan. Read more →

(HIBURAN) KONSERT JELAJAH EXISTS REUNION KEMBALI KE SINGAPURA 

12 OKTOBER 2022 –  Terakhir Exists Reunion meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat para peminat di Singapura adalah pada 5 Oktober 2019. Berawal dari tiket konsert yang terjual habis dalam masa dua hari, sambutan hangat ini dapat dirasakan ketika konsert tersebut berlangsung di The Theatre at Mediacorp.  Read more →