Archive for: February 2023

(HIBURAN) Kisah fantasi seram Nenek Bongkok Tiga buka tirai 2023 untuk Viu Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2023 – Viu membuka tirai 2023 dengan siri Viu Original terbaru berjudul Nenek Bongkok Tiga menampilkan pelakon-pelakon berbakat yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim, selepas kejayaan besar beliau dalam siri Seribu Nina dan She Was Pretty pada tahun 2022, Nenek Bongkok Tiga akan menjadi siri Viu Original pertama dengan siri jelajah di dua negara. Read more →

(HIBURAN) MUNAJAT: SINGLE TERBARU DATO’ M. NASIR OST FILEM ‘IMAM’

Munajat adalah single terbaru Dato’ M.Nasir yang dinanti- nantikan setelah sekian lama sejak album terakhir beliau ‘Sang Pencinta’. Single Munajat terbitan Luncai Emas Sdn Bhd , ciptaan sepenuhnya oleh Dato’ M.Nasir adalah juga lagu OST filem ‘Imam’ yang beliau bintangi sebagai watak utama . Read more →

(HIBURAN) PEARL ABDUL MUNCUL DENGAN ‘IGNORE’

Bekas alumni Diploma Muzik di Aswara serta jurulatih renang separuh masa ini tidak berputus asa untuk menceburi serta mengorak langkah dalam bidang seni suara tanahair.  Berbekalkan keunikan tersendiri dari segi fesyen dan suara yang lain daripada yang lain,  pendatang baharu anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, Pearl Abdul mempunyai pakej yang berlainan, memulakan langkah perdananya sebagai pendatang baharu industri muzik tempatan dan berada di bawah naungan syarikat rakaman unggul, Armani Entertainment Group (AEG). Pearl hadir dengan single pertamanya berjudul ‘IGNORE’ hasil ciptaan komposer yang sedang meningkat naik, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Jova Devito, manakala terbitan oleh AEG sepenuhnya. Read more →

(HIBURAN) PERCUBAAN AL-JAWAHER HAMPIRI PASARAN ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2023 – Buat peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu nama yang asing. Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu malar segar seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan Salam, serta banyak lagi.Al-Jawaher dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah, Hajar, Normala, Habibah, Norhaiyati dan Latifah. Read more →

(SEMASA) TAYANGAN KHAS COAST GUARD MALAYSIA BUAT WARGA DUN PELABUHAN KLANG

5 Februari 2022 : Bertempat di TGV Central i-city,  lebih 1,000 warga Dun Pelabuhan Klang telah hadir untuk memeriahkan tayangan khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Tayangan Khas filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan anjuran YB Azmizam Zaman Huri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang bersempena Sambutan Hari Maritim ke 18 yang bakal berlangsung kelak. ADUN Pelabuhan Klang juga berkata penganjuran tayangan khas filem ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota Maritim Malaysia yang berkorban nyawa, tenaga dan masa bagi menjaga perairan negara khususnya di Pelabuhan Klang. Read more →