Archive for: June 2024

(SEMASA) Pelancaran Baharu: Kerusi Urut Terhad “Spider-Man” GINTELL

(Petaling Jaya – 16 Jun 2024 ) – Sempena sambutan Hari Bapa, GINTELL, iaitu rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL di LG Oval Court, 1 Utama Shopping Centre. Kerusi urut terhad Spider-Man” GINTELL ini diilhamkan oleh salah seorang watak wira Marvel iaitu, Spider-Man”. Fungsi utama kerusi urut Spider-Man” GINTELL ini adalah Teknologi Roda Urut HD (Berdensiti Tinggi) yang terpaling baharu dalam pasaran dengan gabungan 10 teknik urutan unik (HD & Tradisional). Ia meliputi 12cm protrusi tambahan pada bahagian leher dan bahu untuk urutan tisu secara mendalam. Ia mampu membantu pengguna mengurangkan tekanan badan secara keseluruhan.

Read more →

(SEMASA) Ikhlas.Com sumbang 8 lembu sado bersempena Qurban Perdana Aidiladha 2024

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2024 – Program Qurban Perdana 2024 anjuran Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) disasarkan untuk membuat agihan sekitar 30,000 kilogram daging korban segar kepada kira-kira 120,000 penerima di dalam dan luar negara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini. Read more →

(SEMASA) KUMPULAN DERMAWAN GLOBAL ‘DELEGATUS’ ANJUR MAJLIS AMAL & SUMBANG RM20,000 KEPADA BANTU MESRA CHARITY

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2024 – Bersama-sama dalam beramal dan berkhidmat kepada masyarakat, sekumpulan dermawan global yang bergelar “Delegatus” mengadakan majlis amal istimewa hari ini di Anglican Parish of Christ Church Jinjang sebagai sokongan kepada Bantu Mesra Charity. Majlis ini menyaksikan Delegatus memberi sumbangan sebanyak RM20,000 yang bertujuan untuk menampung kos bekalan keperluan asas dan makanan untuk mereka yang memerlukan. Read more →

(HIBURAN) FILEM MALAYSIA ‘THE EXPERTS’ TARIK TUMPUAN DUNIA, DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA SHANGHAI 2024

14 Jun 2024, Kuala Lumpur – Filem aksi terbaru dari Malaysia terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun. Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China. Read more →

(HIBURAN) Filem Abnormal Buas ‘mengganas’ di pawagam bermula 20 Jun 2024!

Filem Abnormal Buas yang bakal ditayangkan di seluruh negara pada 20 Jun ini mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ seolah-olah mereka terlepas dari belenggu kemanusiaan. Filem bergenre ‘thriller’ ini turut menyelitkan elemen fiksyen yang menambah lagi rasa kagum dan takjub penonton, membawa mereka ke alam realiti yang luar biasa. Tontonan yang dijangka akan mengujakan dan menarik perhatian ramai ini pasti akan menghantar gegaran getaran yang luar biasa kepada semua yang menontonnya. Read more →