Archive for: June 2025

(HIBURAN) KAMAL HAASAN KEMBALI DENGAN NAFAS BAHARU DALAM FILEM EPIK “THUG LIFE” MULAI 5 JUN 2025

KUALA LUMPUR, 1 JUN 2025 — Sebuah naskhah sinematik berskala besar bakal menemui peminat filem di seluruh Malaysia apabila Thug Life ditayangkan di pawagam bermula 5 Jun ini. Dibintangi dan diterbitkan oleh legenda perfileman India, Kamal Haasan, filem ini menandakan satu penyatuan semula yang amat dinantikan antara beliau dan pengarah tersohor Mani Ratnam, yang kali terakhir bergandingan 38 tahun lalu menerusi filem ikonik Nayakan. Kali ini, mereka kembali bersama seorang lagi nama besar dunia sinema — A.R. Rahman, komposer pemenang dua Anugerah Oscar yang turut menyumbangkan sentuhan magis menerusi muzik asal filem ini. Read more →