KUALA LUMPUR, — Sejak kemunculannya dalam industri hiburan tanah air pada tahun 1992, KRU kekal sebagai jenama unggul yang sinonim dengan inovasi dan kecemerlangan. Karya mereka bukan sekadar hiburan, malah menjadi pencetus revolusi yang membentuk landskap industri muzik Malaysia hingga ke hari ini. Sebagai trio legenda yang terus diingati dan disayangi peminat, aura Dato’ Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim kekal menyala, membuktikan bahawa kehebatan mereka tidak pernah pudar meskipun dekad berganti. Selepas kejayaan luar biasa siri Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei 2025 — yang mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records — dan menjelang GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 November 2025, KRU kini bakal melakar satu lagi sejarah baharu dalam arena hiburan tanah air. Read more →
Archive for: October 2025
(HIBURAN) PELAYARAN EPIK STAR VOYAGER CRUISE (SVO) BERSAMA LEGENDARIS KRU
(SEMASA) Honda Motorcycle Malaysia Anjur “Honda THANKS DAY” Pertama bagi Menghargai Peminat, Pelumba dan Rakan Kerjasama Menjelang MotoGP Malaysia
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 – Boon Siew Honda berjaya menganjurkan acara sulung “Honda THANKS DAY 2025” hari ini di LYL International Karting Circuit, bersempena dengan PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 (MotoGP). Sejak tahun 2005, Honda Thanks Day telah diadakan setiap tahun di Jepun, manakala acara penghargaan pelanggan yang serupa telah dianjurkan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Acara ini meraikan semangat perlumbaan Honda yang berterusan, inovasi tanpa henti serta hubungan erat antara jenama tersebut dengan komuniti globalnya yang mencerminkan falsafah Honda “Power of Dreams” dan semangat terhadap mobiliti. Read more →
(SEMASA) Boon Siew Honda Lancar Edisi Terhad RS-X Winner Tricolor: Hanya 800 Unit di Seluruh Negara
22 Oktober 2025 – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (“BSH” atau “Syarikat”) hari ini memperkenalkan penampilan baharu model RS-X Winner dalam warna ikonik Honda Tricolor kepada umum sempena acara julung kali Honda Thanks Day. Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran pelumba MotoGP Honda, menambah sentuhan eksklusif dan semangat perlumbaan kepada acara tersebut. Reka corak menarik ini memberi penghormatan kepada legasi sukan permotoran Honda yang penuh kebanggaan, melambangkan semangat kelajuan dan persaingan sejati. Read more →
(SEMASA) Mforce Terus Melangkah Ke Hadapan: Pembangunan Mforce Premium Outlet dan Pengukuhan Pasaran Antarabangsa
Tahun 2025 menyaksikan satu lagi fasa penting dalam perjalanan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. apabila syarikat ini giat membangunkan Mforce Premium Outlet di seluruh Malaysia. Inisiatif ini bertujuan menaik taraf imej serta operasi kedai motosikal konvensional kepada sebuah pusat jualan dan perkhidmatan yang lebih profesional, efisien serta berdaya saing. Read more →
(SEMASA) Syria Care Sasar Hantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
Shah Alam, 22 Oktober 2025 – Ketika suhu mula menurun menandakan ketibaan musim sejuk bakal tiba di Syria, Syria Care meneruskan komitmennya dalam misi kemanusiaan global dengan melancarkan kempen Winter Aid 13.0. Kempen ini menyasarkan bantuan kepada komuniti rentan di Syria dan pelarian Syria di Lubnan yang bakal berdepan dengan musim sejuk yang semakin hampir, satu ujian yang bukan sahaja mengancam keselesaan tetapi juga nyawa jika tiada persediaan yang cukup. Read more →

