Archive for: December 2025

(SEMASA) GEMA RAMADAN : Siti Khadijah Berkolaborasi dengan TV Al-Hijrah Sempena Konvensyen Hijrah Bergema

Putrajaya,, 31 Disember 2025 – Siti Khadijah, peneraju telekung premium dan busana ibadah, dengan sukacitanya berkolaborasi bersama TV Al-Hijrah sempena Konvensyen Hijrah Bergema 2025, yang berlangsung selama dua hari bermula 30 dan 31 Disember 2025 di PICC Putrajaya. Konvensyen selama dua (2) hari ini menawarkan pelbagai pengisian kerohanian, termasuk ceramah motivasi, bengkel solat serta konsert istimewa bersama kumpulan nasyid dan barisan artis terkemuka bagi menambahkan lagi kemeriahan majlis ini. Read more →

(HIBURAN) KONSERT MALAM HIJRAH BERGEMA SATUKAN RIBUAN PENGUNJUNG SEMPENA AMBANG TAHUN BAHARU DALAM SUASANA ROHANI

Putrajaya, 31 Disember 2025 – Konsert Malam Hijrah Bergema anjuran TV AlHijrah berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana tertib, tenang dan penuh penghayatan apabila elemen seni dan dakwah digabungkan sebagai medium menyampaikan mesej penghijrahan jiwa sempena sambutan ambang tahun baharu. Konsert Malam Hijrah Bergema turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli. Antara tetamu kenamaan lain yang hadir memeriahkan program termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ahli Lembaga Pengarah TV AlHijrah, serta barisan Ketua Agensi Hal Ehwal Agama, sekali gus mencerminkan sokongan pelbagai pihak terhadap usaha memperkasa seni dan dakwah. Read more →

(SEMASA) TAWARAN HEBAT MENANTI DI JUALAN CUCI GUDANG HABIB

AMPANG, 25 Disember 2025 – HABIB, jenama barangan kemas terkemuka sekali lagi menemui pelanggan setia dengan jualan cuci gudang, bermula 25 sehingga 29 Disember ini di bilik pameran HABIB seluruh negara. Jualan Cuci Gudang merupakan acara tahunan HABIB, yang menawarkan potongan harga istimewa, merangkumi barangan kemas emas 999 dan 916, berlian dan batu permata yang unik. Read more →

(SEMASA) EZI TS1: KEMUNCULAN RASMI EZI DI MALAYSIA BERSAMA SKUTER ELEKTRIK PINTAR UNTUK MOBILITI HARIAN.

PULAU PINANG, 24 DISEMBER 2025 – Pasaran kenderaan elektrik di Malaysia menyambut kehadiran EZI, sebuah jenama skuter elektrik baharu yang diasaskan oleh Kumpulan Keeway pada tahun 2020 secara rasmi membuat penampilan sulungnya di negara ini. Model pertama yang diperkenalkan ialah EZI TS1, sebuah skuter elektrik moden yang direka khas untuk kegunaan harian di kawasan bandar, dengan gabungan teknologi pintar, praktikaliti dan kecekapan tenaga. Read more →

(SEMASA) Terokai Lebih Banyak Bandar di Asia Tenggara dalam Satu Perjalanan dengan Emirates Asia Pass

Dubai, UAE, 22 Disember 2025 – Emirates memperkenalkan satu kaedah baharu yang menarik untuk pengembara meneroka Asia Tenggara menerusi pelancaran Emirates Asia Pass. Direka khas untuk pengembara yang gemarkan penerokaan budaya dan jadual perjalanan fleksibel, pas ini memudahkan perjalanan ke pelbagai bandar di rantau ini dengan menawarkan kemudahan, nilai dan fleksibiliti dalam satu tempahan sahaja. Read more →