Kuala Lumpur, 13 Januari 2026 – Isu perkahwinan tidak sah bukan sekadar masalah undang-undang, namun ia adalah realiti yang boleh menjejaskan masa depan keluarga. Astro Shaw membuka tirai tahun 2026 dengan filem Akad Yang Hilang, mengetengahkan realiti yang wujud dalam masyarakat kita yang jarang dibincangkan iaitu nikah fasid. Read more →
Archive for: January 2026
(HIBURAN) “AKAD YANG HILANG” : FILEM BERANI MENGANGKAT REALITI NIKAH TIDAK SAH & STIGMA ‘ANAK HARAM’ DALAM MASYARAKAT
(SEMASA) Casa Lambretta X300 Edisi Terhad Menggegarkan Malaysia – Rekod Bersejarah ASEAN & Asia Dicapai serta Perhimpunan Mega Komuniti di Sepang
11 Januari 2026 : Litar Antarabangsa Petronas Sepang (North Paddock), Sepang, Malaysia – Casa Lambretta skuter berprestasi dari Itali, hari ini dengan bangganya memperkenalkan X300 Edisi Terhad secara eksklusif di Malaysia. Dengan pengeluaran yang dihadkan kepada hanya 999 unit di seluruh dunia, karya koleksi ini dibangunkan dengan kerjasama legenda Casa Lambretta Racing Team menzahirkan sepenuhnya “Semangat Perlumbaan Lambretta” melalui plat perlumbaan unik ‘47’ (sempena asal-usul jenama pada tahun 1947), elemen aero gentian karbon, kemasan dua tona premium, serta enjin Lambretta Super Performance (LSP) 275cc yang terbukti, menawarkan kuasa moden dengan gaya klasik yang kekal abadi. Read more →
(SEMASA) Thunder Custom Menggegarkan Malaysia : Bobber Custom Kilang 250cc Pertama di Dunia Dilancarkan Secara Rasmi!
Kuala Lumpur, Malaysia – 11 Januari 2026 – Dalam salah satu pelancaran jenama motosikal paling ikonik dalam sejarah Malaysia, Thunder Motorcycles dengan bangganya mengumumkan ketibaan rasmi Thunder LS250-S – bobber custom 250cc pertama seumpamanya yang diinspirasikan daripada budaya custom legenda Jepun untuk menawan jalan raya Malaysia! Pelancaran di Malaysia ini diterajui dengan penuh kebanggaan oleh Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi, di bawah kepimpinan dinamik Pengarah Urusan Ronnie Chen, dengan urusan import dikendalikan oleh Mofaz Motosikal Sdn Bhd (diwakili oleh Dato’ Nik). Jenama global ini dimiliki dan diselia oleh pembina custom terkemuka Jepun Noro Yuji-san serta pembina custom No.1 China Ka-san. Read more →
(SEMASA) ROYAL ENFIELD MENCIPTA SEJARAH DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS DI SEPANG
Malaysia, 12 Januari 2026 – Sejarah baharu dunia permotoran Malaysia tercipta apabila 850 buah motosikal Royal Enfield berhimpun dalam perhimpunan Royal Enfield terbesar pernah diadakan di Malaysia, sekali gus diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records. Read more →
(SEMASA) JOM IFTAR Di Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur Sempena Ramadan 2026 NOSTALGIA RASA MALAYSIA “Hidangan Klasik Cita Rasa Malaysia”
Sempena Ramadan ini, Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur memperkenalkan Nostalgia Rasa Malaysia, sebuah bufet Ramadan yang disusun rapi bagi menampilkan keunikan dan kepelbagaian kulinari tradisional Malaysia. Bertempat di Lesung, restoran santapan utama hotel ini, bufet tersebut menawarkan suasana yang selesa dan mesra bagi para tetamu menikmati pengalaman berbuka puasa yang memuaskan. Para tetamu bakal disajikan dengan pelbagai pilihan hidangan merangkumi pembuka selera, hidangan utama istimewa, serta pencuci mulut tradisional. Daripada kerabu yang segar dan hidangan ruji Melayu klasik sehinggalah kepada manisan kegemaran seperti kuih-muih, setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti oleh pasukan kulinari Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur bagi memberikan rasa yang memikat, akrab, dan menyelerakan. Meraikan kegembiraan berbuka puasa bersama, menu tahun ini menampilkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang dimasak dengan rasa autentik dan resipi tradisional. Read more →
