Archive for: January 2026

(HIBURAN) IRFAN HARIS SINGKAP EMOSI DALAM SINGLE TERBAHARU “TOLONG”

KUALA LUMPUR, 9 JANUARI 2026 — Sebagai pembuka tahun 2026, penyanyi muda berpengalaman, Irfan Haris memilih untuk memulakan langkahnya dengan sebuah doa yang dilagukan. “Tolong” bukan sekadar sebuah single, tetapi luahan rasa tentang cinta, ketakutan dan kebergantungan yang sering terpendam. Selepas kejayaan “Rasa & Takdir”, duet istimewa bersama kakak kesayangan, Amira Othman yang meraih hampir 4 juta tontonan di YouTube, karya terbitan Sony Music Entertainment Malaysia ini menzahirkan kematangan seorang penyanyi yang semakin yakin mendakap kejujuran emosinya. “Tolong” bukan lagu yang dibina untuk mengejar sensasi, sebaliknya memilih untuk berdiri dalam ruang yang lebih tenang dan jujur, sebuah ruang dimana emosi dibenarkan bernafas, dan perasaan tidak perlu disembunyikan. Read more →

(SUKAN) VIOS CHALLENGE 2025 (PUSINGAN 4) PERLUMBAAN 1

SEPANG, 9 JANUARI 2026 — Aksi di litar mencapai tahap paling mendebarkan apabila perlumbaan pertama daripada dua perlumbaan penutup musim Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Challenge menyaksikan calon ‘kuda hitam’ mengatasi pilihan utama kejuaraan keseluruhan, sekali gus menjadikan perebutan gelaran masih terbuka luas. Read more →

(SEMASA) ELDON, jenama Pharm-D Health Science, Meterai Kerjasama Duta Jenama dengan Selebriti Chan Fong and Henley Hii, Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2026 – Jenama kesihatan dan kesejahteraan Malaysia Eldon Healthcare, juga dikenali sebagai ELDON, telah melantik personaliti media Malaysia, Chan Fong, serta aktor dan penyanyi Henley Hii sebagai duta jenama. Pelantikan ini bertujuan  mencerminkan misi jenama di bawah kumpulan Pharm-D Health Science ini dalam memperkasakan advokasi kesihatan masa sebenar dan boleh dipercayai untuk masyarakat moden Malaysia. Read more →

(HIBURAN) BLACK OPS FILEM AKSI KOLABORASI RENTAS NEGARA PRODUKSI MALAYSIA DAN HONG KONG

6 Januari 2026, Kuala Lumpur – Industri perfileman tempatan melakar sejarah baharu menerusi kerjasama rentas negara produksi Malaysia seperti Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Komet Studios, Marvelous Culture & Film, dan GSC, bersama syarikat penerbitan tersohor Hong Kong, One Cool Films milik bintang terkenal Louis Koo, menerusi filem aksi terbaru yang akan menggegarkan pawagam penghujung tahun 2026 berjudul Black Ops. Kerjasama ini turut menandakan kali pertama One Cool Film berganding bahu dengan produksi dari Malaysia. Read more →

(HIBURAN) SIAP SEDIA UNTUK ‘HEALING’: RAISA AJAK PEMINAT TEROKA DUA SISI EMOSI DI ZEPP KL FEBRUARI INI!

Bintang pop tersohor Indonesia, Raisa, bakal kembali untuk mengubati kerinduan peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat dinantikan ini dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2026, bertempat di lokasi konsert ikonik, Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam. Dianjurkan bersama oleh Sembang Kari Entertainment dan MHT Live My, dengan Juni Concert sebagai rakan penganjur, konsert ini bakal menyaksikan Raisa membawakan naratif seni yang lebih peribadi menerusi tema “Ambivert”. Tema ini mencerminkan sisi personaliti beliau yang unik, menggabungkan elemen dinamik dan emosi dalam satu persembahan yang penuh bertenaga. Read more →