Archive for: February 2026

(SEMASA) GAYA PREMIUM DAN BERGAYA: WMOTO ISLAND 150 DAN WMOTO HAWK 200i MEMASUKI PASARAN MALAYSIA UNTUK TAHUN PERTAMA 2026.

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 WMOTO Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan dua model terbaharunya, WMOTO Island 150 dan WMOTO Hawk 200i, bersempena sambutan Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

Read more →

(SEMASA) MENUNGGANG DENGAN LEBIH BERGAYA DENGAN LIMA PRODUK TERBARU LS2

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 – LS2, jenama keselamatan terkemuka global, memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pelancaran lima kelengkapan menunggang baharu bersempena Mforce Lou Sang Dinner 2026 di M Resort & Hotel. Barisan produk tersebut merangkumi LS2 CHAKI EVO MAN GLOVE, LS2 DART II EVO MAN GLOVE, LS2 TORRENT BOOTS, LS2 X-TERRAIN JACKET dan LS2 OF628 COMPASS.

LS2 CHAKI EVO MAN GLOVE dan LS2 DART II EVO MAN GLOVE direka untuk kegunaan urban dengan peningkatan pada sistem pengudaraan mesh dan cengkaman silikon anti-gelincir. Kedua-dua model ini mengekalkan pelindung tapak tangan keras TPU bagi memastikan keselamatan maksimum tanpa mengorbankan keselesaan harian.

Bagi perlindungan tubuh dan kaki, LS2 TORRENT BOOTS menawarkan ciri kalis air dan tahan lasak untuk semua musim, manakala LS2 X-TERRAIN JACKET

(Pensijilan CE Kelas A) hadir dengan ACF memory foam. Jaket ini sangat versatill kerana boleh dipakai sebagai lapisan dalam atau luar, sesuai untuk cuaca panas Malaysia.

Melengkapkan pelancaran, topi keledar open-face LS2 OF628 COMPASS diperkenalkan untuk kegunaan bandar yang praktikal. Diperbuat daripada HPTT dengan dua saiz cangkerang dan lima lapisan EPS, ia menawarkan perlindungan optimum bagi saiz M sehingga 4XL. Model ini juga dilengkapi modul integrasi khas untuk sistem Bluetooth.

Kesemua produk ini akan tersedia tidak lama lagi di semua pengedar sah Mforce dan CFMOTO di seluruh negara. Read more →

(SUKAN) LARIAN MALAM EKIDEN PADA PUSINGAN MALAYSIA SUPER GT 2026

Pusingan Malaysia bagi AUTOBACS SUPER GT Series 2026 bakal menyaksikan gabungan unik jentera perlumbaan dan pelari dalam satu hujung minggu perlumbaan yang penuh aksi di Litar Antarabangsa Sepang Petronas. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE BERMULA

Kuala Lumpur, 30 Januari 2026 – Astro Shaw hari ini mencipta satu penanda aras baharu dalam industri hiburan Malaysia menerusi pelancaran rasmi Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU), sebuah ekosistem sinematik jangka panjang yang saling berhubung, dirangka untuk mengangkat penceritaan Malaysia ke pentas serantau dan global. Read more →

(SEMASA) PEJABAT BARU MFORCE KUALA LUMPUR DIRASMIKAN, PUSAT SERVIS MOTOSIKAL TERBESAR DI MALAYSIA.

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI 2026 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mencatat satu pencapaian penting bagi suku pertama tahun 2026 menerusi Majlis Perasmian Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Segambut. Read more →