Author: admin

(SEMASA) SUZUKI PERKENAL SV-7GX BAHARU DI EICMA 2025 : MODEL CROSSOVER 650cc DENGAN TEKNOLOGI MODEN

Suzuki mencuri tumpuan di Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) 2025 dengan pelancaran global model serba baharu Suzuki SV-7GX, motosikal jenis crossover kelas pertengahan yang menggabungkan kelincahan jentera sport dengan keselesaan motosikal jelajah (tourer). Diinspirasikan oleh legasi model SV650, SV-7GX tampil dengan reka bentuk lebih moden dan sistem elektronik lengkap, menjadikannya antara model paling serba boleh dalam kelas 650cc. Read more →

(HIBURAN) “Panggung Puting Beliung” – Tenxi & Naykilla Live di Kuala Lumpur

Icon Entertainment dengan bangga mempersembahkan sebuah malam penuh tenaga dan inovasi Tenxi, trendsetter hipdut sensasi Nusantara, bakal membuat penampilan sulungnya di Kuala Lumpur bersama Naykilla, bintang muda yang sedang mencipta fenomena baharu. Read more →

(HIBURAN) AZIMAT – ‘Kisah Kepercayaan Seutas Rantai Azimat Mampu Ubah Nasib Malang’

Apabila membicarakan tentang filem yang paling diminati, sudah pasti genre seram sememangnya masih lagi menjadi pilihan penonton. Itu yang menjadi dorongan buat syarikat produksi dari Sarawak iaitu Faradale Media-M Sdn Bhd dengan menghasilkan Azimat, sebuah filem yang menggabungkan elemen seram dan psikologi. Penerbitnya, Kay Rezza Karim berkata, Azimat memiliki keunikan tersendiri yang jarang ada pada filem seram lain iaitu gabungan elemen mistik tempatan dan pergolakan emosi manusia menerusi satu naskhah yang mendalam dan mencengkam. Read more →

(SUKAN) Miyu Yamashita Dinobatkan Juara Maybank Championship 2025 Selepas Aksi Penentuan Sengit Tiga Hala

Kuala Lumpur, 2 November 2025 – Pemain Jepun, Miyu Yamashita muncul juara Maybank Championship 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) selepas menewaskan Hannah Green dari Australia dan Hye-Jin Choi dari Korea dalam aksi penentuan dramatik mengimbau kembali pertarungan sembilan lubang yang mendebarkan sewaktu edisi sulung kejohanan pada 2023. Read more →

(HIBURAN) KARYAWAN SOKONG PENUH CADANGAN PELAKSANAAN HARI MUZIK NEGARA

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menyatakan sokongan padu terhadap cadangan YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, untuk melaksanakan Hari Muzik Negara sebagai satu usaha memberi pengiktirafan kepada seluruh penggiat muzik tanah air. Read more →