Author: admin

(HIBURAN) ASTRO ANGKAT TEMA ‘BERSAMA LAGI JADI’, BAWA BARISAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN DRAMA TERBAIK RAMADAN 2026

Kuala Lumpur, 3 Februari 2025 – Astro, selaku peneraju industri hiburan di Malaysia tahun ini teruja menyambut kehadiran Ramadan 1447 Hijrah, membawakan kandungan khas buat tontonan seisi keluarga, menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih menarik. Disamping membawakan hiburan, Astro juga tidak lupa memberikan pengisian kerohanian dalam memenuhi keperluan tontonan setiap lapisan umur menerusi pilihan kandungan di platform televisyen, radio, digital dan juga aktiviti lapangan sepanjang Ramadan ini. Read more →

(SEMASA) SANG BELALANG BESI, BRIXTON STORR 500 RASMI HADIR KE MALAYSIA, SIMBOL PENGEMBARAAN DAN KETABAHAN.

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 – Brixton Motorcycles Malaysia secara rasmi memperkenalkan Brixton Storr 500 ke pasaran tempatan bersempena Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel. Model dengan gaya pengembaraan retro ini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia dengan penawaran harga bermula RM29,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Read more →

(SEMASA) JENTERA CRUISER KLASIK MODEN, CYCLONE RA600 RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA MENAMPILKAN KUASA, GAYA DAN KESELESAAN.

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 – Cyclone Malaysia dengan bangganya memperkenalkan model terbaharu dalam rangkaian jenama premium mereka, Cyclone RA600 sebuah jentera bergaya moden cruiser yang menggabungkan karakter klasik dengan teknologi moden. Pelancaran rasmi ini diadakan bersempena majlis Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel. Read more →

(SEMASA) X-WEDGE RASMI MASUKI PASARAN MALAYSIA DENGAN PELANCARAN LIMA MODEL ULTRA-MEWAH.

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 – Bersempena dengan Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel, jenama motosikal premium XWEDGE secara rasminya mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran tempatan. Kehadiran X-WEDGE bukan sekadar satu debut biasa, malah ia membawa anjakan paradigma dalam segmen cruiser berkuasa tinggi dengan pelancaran lima model sekaligus iaitu X-WEDGE VANGUARD VT2000, X-WEDGE ROVER RL2000, XWEDGE ROVER RL2000S, X-WEDGE RANGER RX2000 dan X-WEDGE WALKER WR1000. Semua model eksklusif ini kini sedia untuk dimiliki melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara.

Read more →

(SEMASA) GAYA PREMIUM DAN BERGAYA: WMOTO ISLAND 150 DAN WMOTO HAWK 200i MEMASUKI PASARAN MALAYSIA UNTUK TAHUN PERTAMA 2026.

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 WMOTO Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan dua model terbaharunya, WMOTO Island 150 dan WMOTO Hawk 200i, bersempena sambutan Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

Read more →