Author: admin

(SEMASA) MFORCE LANCAR DIARI SERVICE MFORCE, PLATFORM DIGITAL UNTUK REKOD SERVIS MOTOSIKAL.

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan pelancaran rasmi Diari Service Mforce, sebuah platform digital baharu yang dibangunkan bagi memudahkan pemilik motosikal Mforce menyimpan dan menjejak rekod servis kenderaan mereka secara sistematik dan berpusat. Read more →

(SEMASA) PERSONALITI UNGGUL: SYM HUSKY 150 SE DIDATANGKAN DENGAN WARNA BARU BERSEMPENA TAHUN BARU.

Empat warna baru SYM Husky 150 SE (Special Edition) iaitu Indigo Blue, White, Matt Grey dan Glossy Green bakal memberikan semangat dalam setiap perjalanan. Ditawarkan RM10,598.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), para peminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Mforce seluruh Malaysia. Read more →

(HIBURAN) ARI LESMANA BAWA PESONA “MANGU DI BAWAH BAYU” KE KOTA KINABALU, 6 FEBRUARI 2026

Buat julung kalinya, penyanyi ikonik dan vokalis kumpulan Fourtwnty, Ari Lesmana, bakal menggegarkan Sabah menerusi konsert solo istimewanya bertajuk “Mangu Di Bawah Bayu”, yang dijadualkan berlangsung pada 6 Februari 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC). Read more →

(SEMASA) GEMA RAMADAN : Siti Khadijah Berkolaborasi dengan TV Al-Hijrah Sempena Konvensyen Hijrah Bergema

Putrajaya,, 31 Disember 2025 – Siti Khadijah, peneraju telekung premium dan busana ibadah, dengan sukacitanya berkolaborasi bersama TV Al-Hijrah sempena Konvensyen Hijrah Bergema 2025, yang berlangsung selama dua hari bermula 30 dan 31 Disember 2025 di PICC Putrajaya. Konvensyen selama dua (2) hari ini menawarkan pelbagai pengisian kerohanian, termasuk ceramah motivasi, bengkel solat serta konsert istimewa bersama kumpulan nasyid dan barisan artis terkemuka bagi menambahkan lagi kemeriahan majlis ini. Read more →

(HIBURAN) KONSERT MALAM HIJRAH BERGEMA SATUKAN RIBUAN PENGUNJUNG SEMPENA AMBANG TAHUN BAHARU DALAM SUASANA ROHANI

Putrajaya, 31 Disember 2025 – Konsert Malam Hijrah Bergema anjuran TV AlHijrah berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana tertib, tenang dan penuh penghayatan apabila elemen seni dan dakwah digabungkan sebagai medium menyampaikan mesej penghijrahan jiwa sempena sambutan ambang tahun baharu. Konsert Malam Hijrah Bergema turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli. Antara tetamu kenamaan lain yang hadir memeriahkan program termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ahli Lembaga Pengarah TV AlHijrah, serta barisan Ketua Agensi Hal Ehwal Agama, sekali gus mencerminkan sokongan pelbagai pihak terhadap usaha memperkasa seni dan dakwah. Read more →