Category: Hiburan

(HIBURAN) Keputusan Penuh SHOUT AWARDS 2012

Berakhir sudah Majlis Anugerah Shout Awards 2012 yang bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon. Kami senaraikan keputusan pemenang bagi semua kategori yang telah dipertandingkan di Shout Awards 2012:

Read more →

(HIBURAN) LAGENDA BUDAK SETAN 2 – KATERINA

Filem sekuel terbaru berjudul Lagenda Budak Setan 2 – Katerina bakal menemui peminat di pawagam pada 29 November 2012. Dibintangi pelakon utama Farid Kamil (Kasyah),Maya Karin (Kate) turut dibantu oleh Bront Palarae (Hisyam),Azri Iskandar (Iskandar) Lana Nordin (Zahirah) dan ramai lagi. Filem ini merupakan sambungan filem Lagenda Budak Setan 1 yang diarahkan oleh SHARAD SHARAN merupakan terbitan Tarantella Pictures dengan kerjasama Astro Shaw. Di sidang media ini juga, pihak produksi menyiarkan sedikit sedutan sekuel ke 3 filem Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah. Menurut penulis novel ini Ahadiat Akashah penulisan Lagenda Budak Setan ini mempunyai 7 sekuel kesemuanya tetapi hanya 3 dibukukan dalam bentuk novel. Kepada peminat yang ingin mengetahui kisah selanjutnnya trilogi hasil nukilan penulis hebat, Ahadiat Akashah ini, jangan lepaskan peluang menonton ‘Katerina’ di pawagam bermula 29 November ini. Read more →

(HIBURAN) Festival Filem Asia Pasifik ke 55 (APFF55)

Festival Filem Asia Pasifik ke 55 (APFF55) bakal diadakan untuk kali yang ke 55 di Macau, China bermula 13hb – 16hb Disember 2012.  APFF adalah salah satu festival filem antarabangsa yang tertua di dunia dimana ia adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh FPA sejak tahun 1954 di Tokyo. Malaysia merupakan salah satu ahli daripada 23 buah Negara yang menyertai APFF dimana Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah bagi festival ini sejak  tahun 1959 dan yang terakhir pada tahun 2005.  Read more →

(HIBURAN) ‘Iamneeta’ mempertaruhkan single terbaru -Terima Kasih

KUMPULAN IAMNEETA KEMBALI DENGAN SINGLE KE-2 ‘TERIMA KASIH’

Kumpulan Iamneeta yang dikenali melalui laman Youtube , dan dikenali dengan usaha mereka iaitu dengan banyak membuat persembahan dimana-mana tempat , dan membuktikan keupayaan mereka dengan lagu demi lagu ciptaan mereka sendiri , mereka  telahpun mengeluarkan single terbaru dan kedua yang bertajuk “Terima Kasih” , single sebelum ini yang bertajuk “Tuhan Tolong Aku” telah menampakkan versatile muzik pop alternative yang menarik . Read more →

(HIBURAN) ‘Patah Seribu’ membawa tuah kepada Shila Amzah di malam AIM 19

Setelah berjaya menjadi juara di pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu di Shanghai, China, Shila Amzah buat pertama kalinya menerima pengiktirafan di negara sendiri apabila memenangi kategori lagu terbaik di AIM ke 19  melalui lagu “Patah Seribu”. Acara AIM 19 telah dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi dan Adibah Nor dan turut menampilkan persembahan hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz ,GX4, Nirwana, Stephen Rahman Hughes dan Forteen serta Jimmy Palikat.  Read more →