Category: Hiburan

(HIBURAN) Andrea Bocelli LIVE In Kuala Lumpur

IMG_0996

Andrea Bocelli berjaya memukau hampir 5000 peminat di Stadium Putra, Bukit Jalil. Dengan skrin di belakangnya Andrea Bocelli , persembahan penyanyi ini meninggalkan kenangan terindah buat  penonton melalui konsert dua jam di mana beliau menyanyikan banyak lagu-lagu kegemaran peminat beliau termasuk lagu klasik seperti ‘Time to Say Goodbye’, ‘Mamma’, ‘Brindisi’ dan  ‘I Found My Love in Portofino’, dengan sokongan hampir 69 pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bersama koir 60 orang penyanyi latar. Read more →

(HIBURAN) SHOWDOWN 2013 kembali ke gelanggang tari

IMG_1118

SHOWDOWN kembali untuk musim ke 4. Bertempat di The Pool, Kuala Lumpur , telah berlangsungnya sidang media memperkenalkan barisan penaja dan juri serta format terbaru program yang pernah meraih beberapa anugerah utama dan terhebat dalam sejarah televisyen Malaysia. Hadir dengan format baru, SHOWDOWN 2013 tampil dengan 3 kategori yang berbeza iaitu Kategori Junior, Kategori Terbuka dan Kategori All Star.  Read more →

(HIBURAN) Terkini : Informasi Tiket – Mizz Nina’s Around The World Concert

552938_10151549153707390_708741720_ncrop 2

Buat julung kalinya, Mizz Nina bakal mengadakan konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung di KL LIVE, Kuala Lumpur. Konsert yang bakal mempersembahkan kolaborasi Mizz Nina dengan nama-nama besar industri muzik antaranya Jay Park, Noh Hujan dan juga Teh Tarik Crew ini bakal berlangsung pada 18  Mei 2013 selama 1 jam bermula jam 8.30 malam. Peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert tersebut boleh melayari lamanwww.redtix.airasia.com atau di semua cawangan Rock Corner dan Victoria Music. Tiket-tiket dijual pada harga RM70 (pra-jualan) dan RM100 (di pintu masuk konsert).

Read more →

(HIBURAN) Filem ” OMK ” (Oh Mak Kau)

IMG_1093Filem OMK (Oh Mak Kau) arahan pertama sutradara muda Ain Nordin merangkap penulis skrip dan pelakon utama ini filem ini bakal menemui peminat pada 16 Mei 2013 di seluruh pawangan tanah air. Filem aksi komedi terbitan STAR SCOPE PRODUCTION SDN BHD ini menelan belanja hampir RM1.7 juta ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 23 hari dan membariskan pelakon-pelakon lama dan baru antaranya Jep dan Shuib Sepahtu, Ain Nordin , Syamsul Yusof, Didie Alias, Yassin Yahya, Abon Osbon , Wan Maimunah, Allahyarham Osman Kering serta Yan Kassim. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang (BMB) Minggu Ke-3 Kump A

DEX_0904gmo

Serata Galaksi Mencari Legasi… itulah tagline program realiti terbaru TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) yang ingin menonjolkan bakat sketsa komedi dan nyanyian 12 anak didik dari 6 sifu yang cukup dihormati, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail. Read more →